Utusan Borneo (Sabah)

15 Ogos sentiasa diingati

Memperinga­ti tawanan Perang Dunia Kedua yang terkorban

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Tanggal 15 Ogos menjadi tarikh yang akan sentiasa diingati dan menyaksika­n hubungan erat antara Australia dan Sabah terus terjalin.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata tarikh itu juga menandakan ulang tahun ke73 berakhirny­a Perang Dunia

“Ia adalah keamanan yang sering diabaikan oleh generasi masa kini. Oleh itu, saya mengajak rakyat khususnya golongan muda agar mengambil iktibar daripada sejarah Perang Dunia Kedua untuk terus mengekalka­n keamanan negara yang kini.” dikecapi DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

Kedua dan memperinga­ti tawanan perang yang terkorban semasa perang berkenaan.

“Kita berkumpul di sini untuk mengingati warga Australia yang gugur pada tarikh yang sangat penting ini. Di Sandakan inilah beberapa tawanan perang terkorban dan rakyat tempatan mempertaru­hkan nyawa mereka untuk membantu tentera bersekutu - bermula dari sini dan sepanjang perjalanan ke Ranau, lebih 200km jauhnya,” katanya. Beliau berkata demikian pada Hari S a n d a k a n Peringatan d i T a m a n Peringatan, Batu 8 Sandakan, pagi Rabu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia Vicki Treadell, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinow­ski dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain.

Shafie berkata tindakan berani mereka itu (tawanan perang dan rakyat tempatan) harus dihormati sebagai pahlawan, kerana mempertaru­hkan nyawa demi memberikan keamanan dan ketenangan yang kita nikmati sekarang.

“Ia adalah keamanan yang sering diabaikan oleh generasi masa kini. Oleh itu, saya mengajak rakyat khususnya golongan muda agar mengambil iktibar daripada sejarah Perang Dunia Kedua untuk terus mengekalka­n keamanan negara yang dikecapi kini,” katanya.

Katanya sejarah perang itu wajar menjadi peingatan kepada kita bahawa bukan mudah untuk mengekalka­n keamanan yang kita kecapi sekarang, jika tidak disebabkan keberanian pejuang-pejuang terdahulu menentang musuh iaitu tentera Jepun.

Beliau juga memuji usaha Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS),LembagaPel­ancongan Sabah dengan kerjasama Pejabat Perkuburan Perang Australia atas dedikasi yang berterusan mengadakan Hari Peingatan itu untuk memperinga­ti mereka yang terkorban dan mengenang kisah hidup mereka.

 ??  ?? ARIFIN meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan.
ARIFIN meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota keluarga Tentera Australia dan British meletakkan kalungan bunga di Tugu Taman Peringatan Sandakan pada Majlis Hari Memperinga­ti Sandakan.
SEBAHAGIAN anggota keluarga Tentera Australia dan British meletakkan kalungan bunga di Tugu Taman Peringatan Sandakan pada Majlis Hari Memperinga­ti Sandakan.
 ??  ?? ARIFIN (tengah) bersama Vicki (tujuh kanan) dan Andrew (tujuh kiri) bergambar dengan tetamu kehormat yang hadir.
ARIFIN (tengah) bersama Vicki (tujuh kanan) dan Andrew (tujuh kiri) bergambar dengan tetamu kehormat yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia