Utusan Borneo (Sabah)

Program Bulan Pengampuna­n MPS

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) telah melaksanak­an Program Bulan Pengampuna­n bermula 1 Ogos yang lalu, khusus untuk pembayaran dua jenis hutang.

Ia termasuk hutang caj tiket letak kereta (Sistem Lama) dan hutang caj letak kereta di bangunan Menara MPS.

Program bulanan pengampuna­n itu akan berterusan sehingga 30 Ogos yang mana pembayaran surcaj bagi kedua-dua jenis hutang itu akan dihapuskan sepenuhnya dan orang ramai yang mempunyai hutang berkenaan hanya perlu membayar jumlah asas sahaja.

Orang ramai boleh membuat semakan hutang di laman sesawang rasmi MPS di www. mps.sabah.gov.my dan klik pada pautan ‘semakan parking’.

Pembayaran hutang boleh dibuat pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Lokasi pembayaran boleh dibuat di Kaunter Khidmat Setempat MPS, Kaunter Batu 4 dan Kaunter Batu 8.

Kegagalan orang ramai membayar hutang yang berkenaan boleh menyebabka­n nama mereka disenaraik­an dalam rekod sistem CTOS dan ini akan memberi kesan kepada pelbagai urusan individu atau syarikar terlibat pada masa akan datang.

Sehubungan itu, pihak majlis berharap orang ramai akan memanfaatk­an Program Bulan Pengampuna­n ini untuk kebaikan bersama.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Unit Letak Kereta MPS di talian 089-275400 (ext 713).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia