Utusan Borneo (Sabah)

Yadim Sabah, TLDM anjur program pelayaran prihatin

-

KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah akan berkolabor­asi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menganjurk­an program Program Pelayaran Prihatin Yadim-TLDM pada 30 Ogos ini.

Program berkenaan dijadualka­n berlangsun­g di Pangkalan TLDM Sepanggar, di sini dan ia adalah program yang pertama kali diadakan di Yadim Zon Sabah bersama TLDM khasnya melibatkan Pangkalan Armada Timur.

Secara ringkasnya, program itu merupakan satu program berbentuk kemasyarak­atan yang bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai pengalaman berada dalam pelayaran sebuah kapal, kata Pengarah Yadim Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki.

“Dalam program ini, pelayaran akan bermula dari Pangkalan TLDM Sepanggar menuju ke perairan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan berakhir di TLDM Sepanggar yang mengambil selama masa tiga jam.

“Peserta terdiri daripada 40 anak yatim dari empat rumah anak yatim iaitu As-Sakinah Papar, Home Tuaran, Yayasan Suria TuarandanD­arulBaktiK­ota Belud, serta wakil-wakil pegawai dan kakitangan Yadim Zon Sabah dan wakil media,” katanya.

Tambahnya program itu bertujuan memberi motivasi kepada anak-anak supaya belajar bersungguh­sungguh mencapai kejayaan dan mengenali lebih dekat kerjaya sebagai pegawai dan anggota TLDM.

Samin berkata pelayaran itu akan turut disertai oleh Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Haji Ayob,MuftiKeraj­aanNegeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Haji Bungsu @Aziz Jaafar dan beliau sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia