Utusan Borneo (Sabah)

PAC sedia siasat skandal 1MDB, kata Ronald

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedia menyiasat skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sekiranya ada permohonan Parlimen untuk menuntut siasatan itu dilakukan, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“PAC diwujudkan di bawah Parlimen dan kita juga bertanggun­gjawab terhadap Parlimen dan laporan PAC akan dikembalik­an ke Parlimen. Jika ada satu usul yang sedemikian tentu sekali PAC akan siasat,” katanya selepas mesyuarat PAC di bangunan Parlimen pada Rabu.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil pada prosiding berkaitan 1MDB, Kiandee berkata perkara itu terlalu awal untuk ditentukan kerana pihaknya perlu berpanduka­n terma rujukan (TOR) yang akan dibuat kelak serta strategi penyiasata­n terlebih dahulu.

“Pastinya kami akan minta Ketua Audit Negara untuk terlebih dahulu memberikan taklimat kepada kami tentang apakah tahap siasatan yang telah dilakukan sebelum ini. Ini kerana kami jawatankua­sa baharu,” katanya.

Jelasnya, fokus pihaknya kini adalah meneliti Laporan AuditNegar­adanduaisu­utama yang enggan didedahkan­nya, sekali gus kesemua itu akan memakan masa yang panjang untuk diselesaik­an.

Beliau berkata pihaknya juga bersedia untuk menyiasat isu kehilangan wang tuntutan cukai input bagi kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak RM18 bilion yang didakwa ‘dirompak’ kerajaan terdahulu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Kiandee dilaporkan­berkatakeh­ilangan wang tuntutan cukai input GST itu boleh dibincangk­an mengikut PeraturanP­eraturan Mesyuarat 77 (1) a dan d.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia