Utusan Borneo (Sabah)

8 rumah dilanda ribut dapat perhatian wakil rakyat

-

KEMABONG: Lapan rumah iaitu di Kg Pamaluyan (2), Kg Gumisi (2), Kg Sugiang (1), Kg Angan Angan (1) dan Kg Sindungon (1) dan Kg Paal Seberang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Kemabong yang musnah dilanda ribut pada Isnin lalu mendapat perhatian wakil rakyatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaffar berkata, ketika ini Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) sedang dalam proses untuk menyalurka­n bantuan kebajikan bencana kepada ketua keluarga yang terjejas dalam bencana itu.

“Pejabat Adun Kemabong juga menyalurka­n bantuan awal seperti perkakas rumah bagi meringanka­n beban keluarga yang terjejas dalam bencana ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat ketua-ketua keluarga yang terjejas dalam bencana itu pada Rabu.

Katanya, kejadian pada Isnin itu turut melanda Kg Entabuan dan Kg Makakumpai sehingga mengalami gangguan bekalan elektrik dari jam 6 petang sehingga hampir 12 tengah malam akibat terdapat pokok tumbang sehingga menyebabka­n kabel elektrik terputus.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) Tenom kerana pantas membuat tindakan bagi menangani masalah itu,” katanya.

Jamawi yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang DUN Sabah selama dua hari dan selesai selepas DUN ditangguhk­an pada Selasa, terus bergegas balik ke kawasan berkenaan, khusus untuk melawat beberapa mangsa pada Rabu.

Turut sama dalam lawatan itu, ADO Kemabong Mohd Kassim Haji Yunus, Pegawai Kebajikan Kemabong Mary Sipaji, anggota APM serta kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kemabong dan Pejabat Adun Kemabong.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) dan pegawai kebajikan ketika melawat ruang dalam salah sebuah rumah mangsa.
JAMAWI (tengah) dan pegawai kebajikan ketika melawat ruang dalam salah sebuah rumah mangsa.
 ??  ?? ANTARA rumah yang terjejas.
ANTARA rumah yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia