Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman ngeri mangsa ribut

Trauma lihat angin berpusar warna putih seperti kabus

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: “Saya masih trauma kerana melihat angin berpusar itu masuk ke rumah dari atas (bumbung) berwarna putih seperti kabus dengan bunyi kasar dan menggerunk­an.”

Demikian pengakuan salah seorang mangsa ribut pada malam Isnin, Norsaidah Mhd Said, 44, semasa ditemui di Lorong Seroja Kg Tanjung Batu Keramat Laut, di sini pada Selasa.

Semasa kejadian, mangsa bersama suami dan tiga anaknya berada di dalam rumah menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan bunyi angin yang bising dan hujan lebat.

Cahaya petir yang sesekali kelihatan pula membuatkan beliau melihat sendiri zink, kayu dan paku berterbang­an di dalam dan luar rumah sehingga membuatkan mereka ketakutan.

“Saya sempat melihat angin besar itu datang, berpusing dari atas dengan meruncing menaik dan terasa rumah kami terangkat sebelum terjatuh selang lima saat kemudian.

“Kejadian berlaku dengan sangat pantas dan apabila membuka pintu baharu saya tahu bahawa rumah kami sebenarnya sudah jatuh (tergelinci­r) dari tiang asal,” katanya.

Norsaidah dan ahli keluargany­a memutuskan untuk keluar dari rumah selepas itu walaupun cuaca masih buruk kerana bimbang kejadianle­bihburukme­nimpa mereka.

Menurutnya, mereka terpaksa menjerit meminta pertolonga­n jiran untuk naik berteduh di rumah jirannya, sebelum orang kampung datang membantu menyelamat­kan mereka.

“Orang kampung turut membantu mengeluark­an barang-barang elektronik dan perkakasan lain, kerana bimbang air pasang akan datangdanl­ebihmenyuk­arkan kami.

“Mujur pada masa itu air surut dan syukur kami selamat walaupun dilanda dugaan sebegini,” katanya sambil mengakui masih belum memikirkan tempat tinggal baharunya.

Jiran Norsaidah, Syahrir Said, 56, pula berkata rumahnya terjejas selepas tiga batang kayu NORSAIDAH MHD SAID, 44 Mangsa yang diterbangk­an angin menembusi dinding dan memecahkan tingkap rumahnya.

“Pada masa itu, saya dan isteri sedang tidur di rumah tetapi dikejutkan apabila salah satu batang kayu tajam itu menembusi tingkap bilik tidur saya,” katanya.

Penduduk Kg Pasir Putih

“Saya sempat melihat angin besar itu datang, berpusing dari atas dengan meruncing menaik dan terasa rumah kami terangkat sebelum terjatuh selang lima saat ” kemudian

Baharu, Hamran Beddu, 35, pula berkata kejadian itu disedariny­a kira-kira jam 11.30 malam sebelum terpaksa mencari tempat perlindung­an.

Beliau bersama isteri, ibu dan anak-anaknya bergegas ke belakang rumah apabila melihat atap zink rumah mereka mula diterbangk­an angin kencang.

Jiran Hamran, Noorala Muh Tang, 36, mendedahka­n kejadian itu berlaku dengan pantas dan menggerunk­an kerana bunyi angin yang datang seperti ‘bergulung’ di atap rumahnya.

“Paling perit sebab bekalan elektrik terputus, jadi cukup berbahaya kerana keadaan gelap, menyebabka­n kami berkumpul seisi keluarga di ruang tamu,” katanya.

Atap zink rumahnya juga diterbangk­an sekelip mata oleh angin kencang, menyebabka­n mereka sekeluarga trauma dan khuatir dengan cuaca buruk yang melanda.

Tinjauan Utusan Borneo di Kg Tanjung Batu Keramat Laut mendapati kira-kira 10 rumah yang terjejas manakala di Kg Baharu Pasir Putih pula melibatkan sembilan rumah.

 ??  ?? NORSAIDAH dan suami kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka dilanda ribut dan angin kencang sehingga tergelinci­r dari tiang asalnya.
NORSAIDAH dan suami kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka dilanda ribut dan angin kencang sehingga tergelinci­r dari tiang asalnya.
 ??  ?? TINJAUAN Utusan Borneo mendapati banyak tiang elektrik di Kg Tanjung Batu Keramat Laut yang tumbang akibat kejadian yang berlaku.
TINJAUAN Utusan Borneo mendapati banyak tiang elektrik di Kg Tanjung Batu Keramat Laut yang tumbang akibat kejadian yang berlaku.
 ??  ?? RUMAH Hamran ‘kehilangan atapnya’ selepas diterbangk­an oleh angin kencang.
RUMAH Hamran ‘kehilangan atapnya’ selepas diterbangk­an oleh angin kencang.
 ??  ?? SYAHRIR mengalami detik-detik cemas apabila tiga batang kayu tajam yang diterbangk­an angin, menusuk dinding dan tingkap rumahnya sehingga tembus.
SYAHRIR mengalami detik-detik cemas apabila tiga batang kayu tajam yang diterbangk­an angin, menusuk dinding dan tingkap rumahnya sehingga tembus.
 ??  ?? KEADAAN belakang rumah Norsaidah yang ‘terduduk’ selepas tergelinci­r dari tiang asalnya.
KEADAAN belakang rumah Norsaidah yang ‘terduduk’ selepas tergelinci­r dari tiang asalnya.
 ??  ?? HAMRAN
HAMRAN
 ??  ?? NOORALA
NOORALA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia