Utusan Borneo (Sabah)

Pemeriksaa­n mulut beri kesedaran penjagaan gigi

-

KOTA BELUD: Program Pemeriksaa­n Mulut Sendiri ke arah kehidupan berkualiti yang diadakan di Kg Bangkahak di sini merupakan satu aktiviti memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan diri khususnya penjagaan gigi.

Program anjuran bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Kota Belud dengan Jawatankua­sa, Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang bertema ‘1Rumah 1Cermin’ itu turut mengetenga­hkan kaedah menangani risiko penyakit mulut termasuk gigi kepada penduduk setempat.

Menurut kajian, 68 peratus penduduk yang biasa merokok, meminum alkohol dan mengunyah pinang yang mengandung­i tembakau amat membimbang­kan di mana, 84 peratus daripada mereka berhadapan risiko kanser mulut dan penyakit mulut yang lain.

Pegawai Pergigian Kawasan Kota Belud Dr Nur Ain Mandur Fahn dalam ceramahnya berkata kaedah cermin berinforma­si berfungsi menjadi satu pendekatan yang boleh digunapaka­i memastikan mesej kesihatan pergigian dapat disampaika­n dengan lebih berkesan.

“Kalau diikutkan, setiap rumah sekurang-kurangnya memiliki satu cermin bagi mengamalka­n melihat keadaan gigi sendiri dan langkah pemeriksaa­n mulit sendiri menggunaka­n cermin yang ada.

“Diharapkan juga tema 1Rumah 1Cermin dapat membantu ke arah kehidupan yang sihat dan berkualiti,” katanya.

Sempena program itu, empat ikon gigi iaitu Nur Hayati Watis, Nurul Jannah Harun, Nur Aina Fatin Asidin dan Basri Bin Lala turut membantu fasilitato­r memudahcar­a penduduk kampung menjalanka­n teknik pemeriksaa­n mulut.

Turut diadakan ialah pameran, persembaha­n lagu berirama dan Cermin Berinforma­si.

 ??  ?? DR Nur Ain ketika menyampaik­an ceramah.
DR Nur Ain ketika menyampaik­an ceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia