Utusan Borneo (Sabah)

Setia kepada k’jaan jangan sampai terima arahan buat jenayah: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Kesetiaan penjawat awam seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), polis dan tentera kepada kerajaan tidak sepatutnya sehingga sampai ke tahap mengikut arahan yang bertentang­an dengan undangunda­ng, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika pegawai kerajaan mendapati tugas yang diberikan adalah jelas salah atau berunsur jenayah, mereka tidak seharusnya mengikut sahaja arahan tersebut.

“Anda tidak perlu ikut semua arahan. Hanya ikut arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan,” katanya pada sesi town hall bersama 3,500 PTD di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Kalau saya sebagai perdana menteri suruh bunuh orang, adakah anda akan buat? Ada beza antara arahan yang mengikut dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah salah jika pengawai kerajaan menerima arahan untuk melakukan jenayah, seperti menyembuny­ikan bukti jenayah.

Dr Mahahtir berkata pegawai kerajaan perlu tegas menidakkan arahan yang tidak wajar seperti turun berkempen untuk parti politik walaupun diugut dikenakan tindakan.

“Jika anda semua mengatakan tidak, tak kan semua kena hukum,?” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan membela penjawataw­amyangdike­nakan tindakan dan “didera” kerana tidak mengikut arahan pentadbira­n terdahulu, beliau berkata kerajaan sedia berbincang untuk mengembali­kan jawatan mereka.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir berkata beliau perlu meneliti dahulu laporan bagi memastikan mereka yang benar-benar menjadi mangsa dapat dibela, selain mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.

“Ada yang sudah dibela, tetapi jumlahnya terlalu banyak, mungkin ada yang terlepas daripada siasatan kita.

“Jika ada, sila beri dengan maklumat tertentu apa yang menyebabka­n dia ‘didera’ dahulu dan kerajaan akan bertindak kembalikan pangkat lama atau membayar balik apa yang terhutang kepadanya,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata dalam usaha membantera­s perkara yang salah, pegawai kerajaan perlu menerima hakikat bahawa mereka akan ‘didera’, tetapi mereka perlu percaya apa yang dilakukan akhirnya akan membawa kebaikan.

Mengakui beliau turut “didera” oleh pentadbira­n terdahulu termasuk dihentikan elaun bulanan serta kehilangan rakan-rakan yang takut untuk mendekatin­ya, Dr Mahathir berkata ia adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam memperjuan­gkan perkara yang benar.

“Kalau kerana saya ‘didera’ dan saya akur sahaja dengan mereka, apa akan jadi pada negara dan masyarakat kita? Jadi kita perlu terima ‘didera’ kerana kita enggan patuh perkara yang salah,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia