Utusan Borneo (Sabah)

Ramai pengguna salah guna kawasan perhentian bas

Ramai pengguna salah guna kawasan perhentian bas

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

SIKAP pemandu yang tidak mematuhi peraturan sering menimbulka­n masalah dalam kalangan pengguna jalan raya meskipun undang-undang diperketat­kan.

Antara kesalahan yang sering berlaku adalah penyalahgu­naan kawasan perhentian bas.

Masih ada segelintir pemandu yang tidak berhemah mengambil kesempatan meletakkan kenderaan di kawasan perhentian bas hingga mengganggu rutin kenderaan awam seperti bas dan teksi.

Sekiranya tiada tindakan tegas dibuat, masalah ini tidak mungkin akan dapat ditangani.

Malah, masyarakat sendiri perlu mengubah sikap agar sama-sama mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bagi pengguna kenderaan awam seperti Rahina Hasran, 45, situasi penyalahgu­naan kawasan perhentian bas sering dilihat terutama di kawasan bandaraya.

“Kadang-kadang ada pemandu kereta persendiri­an tidak mahu mengalihka­n kereta dan berhenti lama di perhentian bas walaupun ada bas yang perlu berhenti di situ.

“Ini juga menyebabka­n berlakunya kesesakan jalan raya akibat tiada tolak ansur daripada pemandu yang melanggar peraturan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Rahina berkata, sikap masyarakat yang tidak mahu mematuhi peraturan menjadi salah satu punca masalah terbabit terus berlaku.

Beliau berkata, kurangnya bas yang mengambil penumpang di perhentian bas menyebabka­n ramai pemandu sewenangwe­nangnya meletakkan kenderaan di situ.

Sementara itu, pesara tentera Ahmed Abdul Rahman, 68, berkata situasi sama pernah beberapa kali berlaku di perhentian bas berhampira­n pusat belibelah Wisma Merdeka.

Menurutnya, jika tidak ditangani sebaiknya, perkara sedemikian boleh menimbulka­n pergaduhan.

“Berdasarka­n apa yang pernah saya saksikan sebelum ini, terdapat segelintir pemilik kenderaan persendiri­an bersikap sombong dan pantang ditegur.

“Sekarang, bas awam semakin kurang dan hanya teksi sahaja yang ada di perhentian bas.

“Tetapi pemandu kereta lain tetap juga berhenti di perhentian bas walaupun ada papan tanda teksi dan petak kuning bas sahaja yang boleh berada di kawasan itu,” jelasnya.

Keadaan sama turut berlaku di bangunan KK Plaza apabila kawasan untuk menunggu bas kini hanya dipenuhi kereta persendiri­an.

Pemandu teksi Kiram Maklin, 68, berkata penumpang bas semakin berkuranga­n mungkin disebabkan mereka lebih mudah menggunaka­n perkhidmat­an Grab.

“Dulu penumpang selalu menunggu bas di sini tetapi sekarang jarang ada bas bandaraya dan sekarang kawasan itu penuh dengan kereta persendiri­an,” katanya.

Selain pemandu teksi, pemandu bas persiaran juga sering kali menghadapi masalah yang sama terutama apabila hendak menurunkan penumpang di perhentian bas pusat beli-belah.

Seorang pemandu bas persiaran yang hanya mahu dikenali sebagai Roger, 41, berkata, beliau hanya mampu bersabar dengan sikap pemandu kenderaan persendiri­an yang sesuka hati meletakkan kenderaan di perhentian bas khas untuk bas persiaran.

“Saya tidak pasti sama ada mereka ini maklum atau tidak kawasan berkenaan hanya untuk bas berhenti.

“Ataupun, mereka sengaja mengelak untuk meletak kenderaan di kawasan yang berbayar,” katanya.

Bagi penjawat awam Azwi Qamarul Abd Malik, 23, kawasan parkir di bandaraya memang selalu sahaja penuh.

Katanya, mungkin tiada kawasan parkir yang mencukupi untuk kereta yang terlalu banyak menyebabka­n ada pemandu terpaksa meletakkan kereta di perhentian bas atau tempat teksi.

Sementara itu, pengguna bas awam Nurdin Ralah, 65, berkata sejak lima bulan lalu bas bandaraya tidak kelihatan setiap kali beliau menunggu bas.

“Tidak ada satu pun bas bandaraya yang muncul, tidak tahu apa sebabnya tetapi bagi saya ia agak menyukarka­n golongan tua untuk bergerak ke kawasan sekitar bandar.

“Sebaiknya, kerajaan baharu ini perlu memantau semula masalah kekurangan bas bandaraya untuk ditangani segera,” katanya.

“Situasi penyalahgu­naan kawasan perhentian bas sering dilihat terutama di kawasan bandaraya. Kadang-kadang ada pemandu kereta persendiri­an tidak mahu mengalihka­n kereta dan berhenti lama di perhentian bas walaupun ada bas yang perlu berhenti di situ. Ini juga menyebabka­n berlakunya kesesakan jalan raya akibat tiada tolak ansur daripada pemandu yang peraturan.” melanggar

RAHINA HASRAN Pengguna kenderaan awam

 ??  ?? (Gambar atas) KERETA persendiri­an yang berhenti lama di perhentian bas.
(Gambar atas) KERETA persendiri­an yang berhenti lama di perhentian bas.
 ??  ?? KEBANYAKAN pemandu kereta persendiri­an meletak kenderaan di kawasan larangan parkir.
KEBANYAKAN pemandu kereta persendiri­an meletak kenderaan di kawasan larangan parkir.
 ??  ?? KERETA persendiri­an berhenti lama di kawasan perhentian bas dan teksi di Wisma Merdeka.
KERETA persendiri­an berhenti lama di kawasan perhentian bas dan teksi di Wisma Merdeka.
 ??  ?? PEMANDU meletakkan kenderaan di kawasan petak kuning bas.
PEMANDU meletakkan kenderaan di kawasan petak kuning bas.
 ??  ?? NURDIN
NURDIN
 ??  ?? ROGER
ROGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia