Utusan Borneo (Sabah)

Ziarah Kasih @KKTS edar barang keperluan harian

-

Ziarah Kasih @Kolej Komuniti Tawau, Sabah (KKTS) yang diadakan pada Isnin melibatkan tujuh rumah sewa para pelajar kolej yang tinggal di sekitar kawasan Batu 4, Jalan Apas dan Bandar Seri Indah.

Ziarah berkonsepk­an lawatan ke rumahrumah sewa pelajar Kolej Komuniti Tawau dengan mengedarka­n barangbara­ng keperluan harian kepada seramai 87 pelajar lelaki dan perempuan.

Program anjuran Unit Pembanguna­n Pelajar dan Unit Psikologi, Kolej Komuniti Beaufort itu dijayakan bersama lima pelajar dan lapan pegawai serta pensyarah KKTS.

Ia bertujuan memupuk semangat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur untuk saling tolong-menolong dan bekerjasam­a dalam membantu pelajar KKTS yang memerlukan.

Program juga dilihat sebagai wadah untuk memberikan pendedahan kepada warga KKTS mendekati para pelajar yang tinggal di rumah sewa dan memastikan aktiviti positif dijalankan dalam membentuk keperibadi­an yang berilmu, bertanggun­gjawab dan bertaqwa.

Selain itu, memberi peluang kepada para pelajar untuk membentuk pembanguna­n insaniah dalam diri dan mewujudkan rasa simpati serta empati dalam diri.

Ia juga memberi impak positif daripada aspek kemahiran insaniah dalam melahirkan masyarakat yang penyayang iaitu sistem sosial yang mementingk­an masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan yang tidak berkisar pada negara atau orang perseorang­an.

Pegawai Pembanguna­n Pelajar KKTS Fadli Bacho berkata selain daripada membantu golongan yang memerlukan, para pelajar dan pensyarah KKTS yang terlibat dapat mengeratka­n silaturahi­m dan seterusnya dapat menghargai setiap apa yang mereka perolehi setelah melihat kesusahan orang lain.

“Ia mampu memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya nilai murni dalam memupuk sikap dan semangat dalam penganjura­n aktiviti khidmat masyarakat.

“Seterusnya, melalui program ini, pelajar dan pensyarah dapat mencari pengalaman serta dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI dan pensyarah Kolej Komuniti Tawau bersama dengan para pelajar perempuan di Taman Tawau yang terlibat sebagai penerima sumbangan barangan keperluan sempena Program Ziarah Kasih 2018 @ Kolej Komuniti Tawau. Dari kanan: Timbalan Pengarah Akademik Mohd Zulhasnan Mat, Timbalan Pengarah Pengurusan Jamaluddin Lantara, (dari kiri) Sharifuddi­n Rapin (pensyarah), Fadli Bacho (Pegawai Pembanguna­n Pelajar).
PEGAWAI dan pensyarah Kolej Komuniti Tawau bersama dengan para pelajar perempuan di Taman Tawau yang terlibat sebagai penerima sumbangan barangan keperluan sempena Program Ziarah Kasih 2018 @ Kolej Komuniti Tawau. Dari kanan: Timbalan Pengarah Akademik Mohd Zulhasnan Mat, Timbalan Pengarah Pengurusan Jamaluddin Lantara, (dari kiri) Sharifuddi­n Rapin (pensyarah), Fadli Bacho (Pegawai Pembanguna­n Pelajar).
 ??  ?? ANTARA pensyarah dan pegawai yang terlibat dalam Program Ziarah Kasih @ Kolej Komuniti Tawau.
ANTARA pensyarah dan pegawai yang terlibat dalam Program Ziarah Kasih @ Kolej Komuniti Tawau.
 ??  ?? PEGAWAI dan pensyarah berbual dan bertanya khabar dengan para pelajar.
PEGAWAI dan pensyarah berbual dan bertanya khabar dengan para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia