Utusan Borneo (Sabah)

PKR Labuan mahu Perbadanan Labuan lantik ketua kampung baharu

-

LABUAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Labuan mahu Perbadanan Labuan melantik ketua kampung yang baharu seperti mana senarai nama yang diserahkan barubaru ini.

Ketuanya Simsudin Haji Sidek berkata Perbadanan Labuan perlu mengikut senarai nama yang diserahkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad di Wisma Perbadanan Labuan pada 30 Julai lalu.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kenyataan akhbar yang diterbitka­n oleh sebuah akhbar tempatan (bukan Utusan Borneo) bertarikh 14 Ogos 2018 bertajuk ‘Rozman sambut baik keputusan Menteri Wilayah Persekutua­n kekal ketua kampung’.

Laporan itu menyebut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menjelaska­n bahawa Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad membenarka­n ketua kampung yang sedia ada meneruskan tugas mereka sehingga pelantikan ketua kampung yang baharu dibuat.

Simsudin berkata seperti yang dimaklumka­n sebelum ini,kesemua27k­etuakampun­g berkenaan telah menerima arahan untuk menangguhk­an sementara tugas-tugas sehingga pelantikan ketua kampung baharu diadakan.

Jelasnya, apa yang menjadi kemusykila­n kepada PKR ialah keperluan sebenar ‘pelantikan sementara’ itu dilaksanak­an.

Beliau berkata perjumpaan dan perbincang­an mengenai pelantikan ketua kampung yang baharu dibuat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad pada 30 Julai lalu.

Katanya, sesi perbincang­an tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil PH dan Warisan.

“Susulan pertemuan itu, senarai rasmi calon lantikan baharu telah diserahkan kepada Datuk Azhar Ahmad pada 1 Ogos lalu, sebagaiman­a yang diarahkan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n untuk menyenarai­kan nama calon ketua kampung yang baharu dari PH dan Warisan,” katanya.

Menurut Simsudin, pelantikan ketua kampung yang baharu sewajarnya telah dilaksanak­an dan bukannya ‘pelantikan sementara’.

“Ini amat penting bila kita melihat fungsi utama ketua kampung itu sendiri selaku mata dan telinga kerajaan yang memainkan peranan utama sebagai penyalur suara akar umbi bagi Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya.

Beliau menambah, ia adalah sebagai perantaraa­n antara kerajaan dan rakyat di samping mempunyai peranan yang sangat besar dalam membantu pemimpin tempatan menyampaik­an dasar-dasar kerajaan dan menjayakan program anjuran jabatan serta agensi kerajaan.

Simsudin berkata PKR bukan tidak setuju tetapi pihaknya sudah menghantar nama yang sewajarnya dilantik terus ke jawatan itu.

“Menteri Wilayah Persekutua­n melalui Perbadanan Labuan meminta PH dan Warisan meminta supaya kami menghantar nama calon-calon ketua kampung dan kami sudah pun menghantar senarai itu termasuk ketua kampung yang lama,” katanya.

 ??  ?? SIMSUDIN
SIMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia