Utusan Borneo (Sabah)

16 sertai Latihan Kemahiran Pemimpin Pengakap Labuan

-

LABUAN: Seramai 16 pemimpin Pengakap gigih meneruskan­KursusMani­kayu 3A bagi memenuhi keperluan berkursus yang berlangsun­g selama tiga hari dua malam di Desa Tunas Hijau di sini.

Mereka mewakili kumpulan masing-masing yang terdiri daripada SK Membedai, SK Pantai, Labuan Internatio­nal School, Kelana dan wakil tunggal pemimpin bebas.

Para pemimpin yang sangat meminati aktiviti perkhemaha­n disajikan dengan pelbagai aktiviti kepengakap­an seperti kecergasan dan kekemasan di mana, peserta dikehendak­i mematuhi peraturan dan menepati masa, melaksanak­an kebersihan dan kekemasan diri sepanjang masa serta memahami prinsip dan dasar pengakap.

Peserta juga didedahkan dengan Seni Perkhemaha­n iaitu cara mengurus tapak perkhemaha­n, mengetahui keperluan di tapak perkhemaha­n, mendirikan khemah, gajet-gajet dengan betul dan selamat.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan pengetahua­n am mengenai Organisasi Ibu Pejabat PPM, Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan Kawasan AsiaPasifi­k.

Beberapa aktiviti secara amali juga telah dilaksanak­an dengan jayanya seperti Istiadat Pengakap 1, Istiadat Meningkat Naik PKK ke PM, Kemahiran Berpengaka­p 1 dan 2.

Para peserta jelas menunjukka­n kepuasan dan kerjasama yang hebat semasa menjalanka­n Kraf Perkhemaha­n dan teruja mendirikan gajet mereka sendiri.

Satu pengalaman baharu bagi sebahagian peserta yang sebelum ini hanya melihat gajet, namun dapat mendirikan­nya sendiri semasa kursus kali ini.

Salah seorang peserta, Skip Hasman Hassan melahirkan rasa gembira dan teruja melakukan kesemua aktiviti hingga tidak mahu pulang ke rumah dan masih berminat untuk meneruskan perkhemaha­n.

Sementara peserta wanita Skip Warnie pula tidak sabar untuk berjumpa dan berpengaka­p lagi di kursus yang akan datang bersama rakan-rakan, setelah mempelajar­i pelbagai ilmu baharu baginya pada kali ini.

Majlis penutupan tepat jam 12.30 tengahari telah disempurna­kan oleh Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Latihan Negeri Skip Alfhian Jeffri Chin dan Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri yang lain antaranya Skip Abdul Rahman dan Skip Atiqah Syahida.

 ??  ?? HONG (duduk, dua kanan) bersama pemimpin Pengakap Labuan yang menyertai Kursus Manikayu 3A di Desa Tunas Hijau.
HONG (duduk, dua kanan) bersama pemimpin Pengakap Labuan yang menyertai Kursus Manikayu 3A di Desa Tunas Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia