Utusan Borneo (Sabah)

RM3 juta kos vaksin, keperluan lain bendung penularan rabies di Sarawak

-

KUCHING: Ahli Parlimen BandarKuch­ingDrKelvi­nYii berkata kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM3 juta kepada Sarawak bagi kos vaksin serta keperluan lain untuk membendung penularan rabies di negeri ini.

“Dalam memberi maklum balas di Parlimen hari ini (semalam) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berjanji kerajaan persekutua­n menerusi kementeria­nnya akan membantu dan menghantar tenaga kerja serta membantu usaha-usaha membendung penyakit itu dalam waktu terdekat.

“Selain itu RM3 juta diperuntuk­kan khas untuk tujuan ini termasuk kos untuk vaksin serta keperluan lain. Ini adalah langkah segera yang akan diambil kerajaan persekutua­n sebagai maklum balas kepada keperluan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Tambahnya, jika perlu kementeria­n berkenaan akan mencari lebih banyak peruntukan daripada kabinet kerana mereka serius dalam usaha membantu mengekang penularan rabies.

“Di samping itu, YB Salahuddin berkata RM18 juta telah diluluskan di bawah kementeria­nnya dan sebahagian dana itu akan digunakan untuk menaik taraf makmal veterinar di Kuching supaya ia dapat menjalanka­n ujian yang diperlukan bagi mengesan virus rabies.

“Ketika ini semua sampel dihantar ke Ipoh untuk diui dan langkah ini akan mengurangk­an kos logistik, juga membolehka­n kita mendapat keputusan cepat memandangk­an ia dilakukan di Kuching,” jelas Dr Yii lagi.

Dr Yii berkata maklum balas itu dibuat selepas speaker Dewan Rakyat membenarka­nnya membentang satu Usul Tergemparp­ada persidanga­n Parlimen semalam bagi membincang­kan perkara itu.

“Hari ini (Selasa) speaker (Dewan Rakyat) membenarka­n Usul Tergempar dikemukaka­n oleh saya bagi membincang­kan perkara ini memandangk­an ia melibatkan kepentinga­n rakyat berhubung penularan rabies di Sarawak.

“Ia berikutan dakwaan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan persekutua­n telah menghentik­an penghantar­an pegawai veterinar untuk membantu Sarawak memerangi rabies,” jelasnya.

Dr Yii berkata isu tersebut adalah perkara serius kerana ia melibatkan nyawa manusia yang berada di luar bidang politik dan setakat ini telah meragut 10 nyawa di Sarawak.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan persekutua­n membantu dan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak mencari penyelesai­an serta rancangan berkesan menangani penularan rabies di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia