Utusan Borneo (Sabah)

Adik-beradik rentung

Ibu hanya sempat selamatkan kakak dalam kebakaran rumah di Kampung Hilir Lingga, Sri Aman

-

KUCHING: Dua adikberadi­k lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Hilir Lingga, Sri Aman sekitar jam 4.25 petang pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Zulkarnain Ajizul, 5, dan adiknya, Zulfadli Ajizul, 2.

Menurutnya, semasa kejadian, kedua-dua mangsa bersama ibu serta kakak mereka berada di rumah.

“Rumah tersebut dihuni oleh sebuah keluarga terdiri daripada enam orang, namun hanya dua adik-beradik malang terbabit bersama ibu serta kakak mereka berada di rumah ketika kebakaran berlaku.

“Difahamkan, dua adikberadi­k terbabit ketika kejadian sedang tidur dan ibunya hanya sempat menyelamat­kan anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun sebelum api semakin marak,” katanya.

Nor Hisham memberitah­u, operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 6.25 petang selepas mayat dua adik-beradik tersebut berjaya ditemui.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.10 petang dan operasi mengeluark­an mayat keduadua mangsa dilakukan oleh pasukan dengan pemugaran terlebih dahulu.

“Setelah kedua-dua mangsa dijumpai, pasukan bomba terus mengangkat menggunaka­n pengusung dan mayat mereka telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a pada jam 6.20 petang,” katanya.

Kebakaran itu telah memusnahka­n keseluruha­n rumah jenis tidak kekal satu tingkat tersebut.

Anggota dari Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak masih menjalanka­n siasatan berhubung punca kebakaran tersebut.

 ??  ?? GAMBAR Zulkarnain (kiri) dan Zulfadli bersama keluarga mereka.
GAMBAR Zulkarnain (kiri) dan Zulfadli bersama keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia