Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Servis Selepas Jualan Proton

Beri ganjaran kepada bakat yang berkemahir­an

-

KOTA KINABALU: Pertanding­an Servis Selepas Jualan Proton 2018 merupakan satu landasan untuk semua kakitangan selepas jualan di seluruh negara mempamerka­n kebolehan dan kualiti kerja mereka dalam mengendali­kan kereta pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada usaha Proton dalam pengurusan dan pengembang­an bakat, para pemenang akan diberi ganjaran wang tunai dan lawatan insentif ke Shanghai, China bernilai RM50,000.

Untuk pusingan prakelayak­an di Malaysia Timur, para peserta dari pengedar dan cawangan Proton di Sabah dan Sarawak diuji untuk membuktika­n kemahiran, kepantasan dan ketepatan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.

Mengasah bakat dalam persediaan bagi SUV pertama Proton dan model-model akan datang

“Melalui pertanding­an ini, juruteknik kami akan bersaing antara satu sama lain, membantu mereka untuk mengasah lagi bakat kemahiran mereka. Pada akhirnya, ini akan membantu membina kualiti servis selepas jualan kami dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan standard antarabang­sa.

“Kami percaya bahawa kakitangan servis selepas jualan kami bersedia untuk menerima SUV Proton pertama akan datang di pasaran, serta model yang lain pada masa hadapan,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Pusingan pra-kelayakan bagi pertanding­an itu diadakan di lima wilayah berbeza bermula 20 Julai lalu. Tiga peserta terbaik di setiap peringkat wilayah akan melayakkan diri untuk bertanding di pusingan akhir yang akan diadakan di COE, Subang Jaya pada 13-15 September.

Enam peserta dipilih akan memenangi hadiah wang tunai danlawatan­keShanghai,China di mana mereka berpeluang berkunjung ke Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidik­an Geely.

SemasaPert­andinganse­lama dua hari itu berlangsun­g, para peserta diuji dengan keupayaan teori dan praktikal melalui tugas membaik pulih enjin yang diberikan di mana mereka dikehendak­i untuk membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam tempoh masa tiga

“Juruteknik kami akan bersaing antara satu sama lain, membantu mereka untuk mengasah lagi bakat kemahiran mereka. Pada akhirnya, ini akan membantu membina kualiti servis selepas jualan kami dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan standard ” antarabang­sa. ABDUL RASHID MUSA, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar

jam.

Mereka dinilai berdasarka­n kelajuan, ketepatan dan kecekapan penyelesai­an masalah sepanjang proses itu.

Meningkatk­an kemahiran dan memberi ganjaran kepada bakat berkualiti

“Pertanding­an Servis Selepas Jualan Proton ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Proton untuk meningkatk­an kemahiran juruteknik dalam menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan dan juga untuk memberi ganjaran kepada mereka yang telah mempamerka­n kebolehan yang hebat.

“Pemenang akan diberi ganjaran dengan lawatan insentif, di mana mereka berpeluang untuk melangkah kaki ke ibu pejabat dan Pusat Penyelidik­an Geely. Lawatan ini semestinya akan membuka mata juruteknik tempatan kami untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang keupayaan Geely dalam mereka bentuk dan membangunk­an kenderaan yang lengkap,” ujar Rashid.

Beliau menjelaska­n perkhidmat­an lepas jualan yang hebat adalah kunci utama untuk mengekalka­n pelanggan sedia ada, serta menarik pelanggan baharu.

“Apabila syarikat mampu menyediaka­n perkhidmat­an yang berkualiti kepada mereka, secara tidak langsung turut dapat meningkatk­an kesetiaan pelanggan dan mendapat manfaat dari situ apabila mereka berkongsi pengalaman bersama kenalan mereka.

“Juruteknik atau mekanik memainkan peranan penting dalam memastikan perkara ini berlaku,” tambahnya.

 ??  ?? PARA peserta mendengar taklimat daripada seorang hakim.
PARA peserta mendengar taklimat daripada seorang hakim.
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN sokongan teknikal sedia memberi nasihat jika diperlukan oleh peserta.
PASUKAN sokongan teknikal sedia memberi nasihat jika diperlukan oleh peserta.
 ??  ?? SALAH seorang hakim pertanding­an melihat lebih dekat hasil kerja peserta.
SALAH seorang hakim pertanding­an melihat lebih dekat hasil kerja peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia