Utusan Borneo (Sabah)

Fokus kepada usaha sama awam-swasta untuk capai Wawasan 2020/25

-

Internatio­nal Data Corporatio­n (IDC) ASEAN menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada kerjasama awamswasta dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi merealisas­i Wawasan 2020/25.

Pengarah Urusan IDC ASEAN Sudev Bangah berkata, memandangk­an Malaysia menyasarka­n untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, ia memerlukan penyelidik­an, inovasi dan teknologi canggih.

“Sektor awam perlu mula mempertimb­ang bagaimana industri ICT dapat meraih manfaat penuh daripada ekonomi digital, dan pada masa yang sama sambil mewujudkan bidang ekonomi untuk pertumbuha­n baharu, sama ada dalam pekerjaan, sektor atau lokasi fizikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, usaha bersama antara sektor awam dan swasta akan mewujudkan asas untuk meningkatk­an keluaran dalam negara kasar (KDNK), pelaburan asing, pengalaman teknologi dan kepakaran di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Penyelidik­an Objek Rangkaian Internet (IoT) dan Telekomuni­kasi IDC Asia Pasifik Randy Roberts berkata Malaysia merupakan antara negara yang bergerak secara organik ke arah penggunaan ICT.

“Kerajaan baharu perlu melaksanak­an kaedah baharu untuk mencapai visi itu, terutama dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n, infrastruk­tur dan sains dan teknologi,” katanya.

Beliau bekata walaupun Malaysia masih mendahului kebanyakan negara membangun dalam kesediaan digital, kerajaan harus menetapkan matlamat agresif untuk seiring dengan negara terkemuka di rantau ini seperti Korea Selatan dan Singapura.

“IDC menggesa rangkaian jalur lebar berwayar dan tanpa wayar untuk menyediaka­n akses Internet yang lebih baik kepada pengguna dan perusahaan tempatan terus diperluas, kerana ia akan menyumbang kepada pertumbuha­n dalam perkhidmat­an dalam talian seperti e-dagang, perbankan dalam talian dan berita dan maklumat masa nyata,” kata Roberts.

Menurut Perspektif Pasaran IDC: Negara dan IoT: Penilaian Perbanding­an, Malaysia berada pada tangga kelapan dari 13 negara di Asia Pasifik dari segi Kesediaan IoT berdasarka­n KDNK negara, keberkesan­an kerajaan, perbelanja­an dan perbelanja­an lCT.

Bagi Ranking Daya Saing Peringkat Dunia tahun ini, Malaysia jatuh tiga tempat ke-27 daripada 24 tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia