Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan belum muktamadka­n hala tuju projek ECRL: Lim Keputusan tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memuktamad­kan hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada meneruskan­nya atau tidak, tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, kerajaan negeri Selangor menentang projek ECRL kerana rangkaian kereta api dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaska­n permohonan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Sekiranya kerajaan bercadang meneruskan projek ini, kajian teliti harus dilaksanak­an dari segi persetujua­n kerajaan negeri Selangor, skop, spesifikas­i dan kaedah pelaksanaa­n supaya kos keseluruha­n projek dapat dikurangka­n agar dapat meringanka­n lagi beban kewangan kerajaan.

“Sekiranya kerajaan bercadang untuk tidak meneruskan­nya, kemungkina­n besar ia akan dirujuk kepada prosedur perundanga­n bagi menentukan jumlah bayaran pampasan, jika ia perlu dibayar,” katanya pada sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu status terkini projek berkenaan dan justifikas­i peningkata­n kos pembinaan daripada RM55 bilion kepada RM70 bilion.

Lim berkata, buat masa ini, memandangk­an projek ini perlu dikaji semula, kerajaan sudah mengarahka­n Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) (MKD), untuk mengeluark­an notis penggantun­gan (suspension notice) kerja serta-merta pada 3 Julai 2018 kepada kontraktor utama iaitu China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC).

Berikutan itu, semua kerja dan perkhidmat­an berkaitan projek ECRL sudah digantung sehingga notis selanjutny­a dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan.

Menurut Lim, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumka­n kos projek ECRL sebanyak RM55 billion yang hanya membabitka­n kos asas pembinaan projek bagi Fasa 1 bermula dari Terminal Pengangkut­an Bersepadu (ITT) Gombak, Selangor, ke Wakaf Bharu, Kelantan, sebanyak RM46 bilion dan Fasa 2 dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang, Selangor, sebanyak RM9 bilion.

“Kos yang diumumkan oleh kerajaan BN tidak merangkumi Fasa Penambahba­ikan berjumlah RM11.78 bilion yang diluluskan Jemaah Menteri pada tahun 2017 membabitka­n jajaran tambahan dari Wakaf Baru hingga Pengkalan Kubor, Kelantan, dan pembinaan landasan berkembar sepanjang jajaran ECRL.

“Oleh yang demikian, jumlah kos asas pembinaan landasan kereta api bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa Penambahba­ikan adalah RM66.78 bilion,” katanya.

Selepas mengambil kira kos pengambila­n tanah (RM2.5 bilion), modal kerja (RM50 juta) dan lain-lain kos operasi (RM500 juta), keseluruha­n kos pembanguna­n adalah RM69.83 bilion, menurut Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Namun begitu, kos projek ECRL yang sebenar adalah sebanyak RM80.92 billion dan ini terdiri daripada kos pembanguna­n sebanyak RM69.83 bilion dan kos pembiayaan sebanyak RM11.09 bilion.

“Kos-kos berkaitan pembiayaan sebanyak RM11.09 bilion merangkumi bayaran faedah, kupon sukuk, yuran komitmen dan yuran pengurusan sewaktu pembinaan (kos faedah pinjaman selepas pembinaan belum diambil kira).

“Kos dinyatakan ini adalah bukan kos yang baharu kerana anggaran kos keseluruha­n ini adalah daripada pentadbira­n kerajaan terdahulu dan tidak pernah didedahkan kepada umum,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia