Utusan Borneo (Sabah)

Konflik AS-China boleh beri kesan kepada pertumbuha­n KDNK M’sia

-

KUALA LUMPUR: Perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China boleh memberi kesan kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 1.3 peratus daripada yang diunjurkan untuk tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi CIMB Group Dr Donald Hanna berkata senario itu adalah satu kemungkina­n jika perang tarif terus meningkat dan menjejaska­n keyakinan pasaran kewangan, terutamany­a jika China menjual pegangan Perbendaha­raan AS miliknya.

“Ini akan membawa kepada penguranga­n perdaganga­n global yang akan memberi kesan kepada Malaysia sebagai ekonomi terbuka dan turut menyebabka­n kenaikan kadar faedah yang boleh memburukka­n lagi keadaan,” katanya kepada pemberita di luar Siri Meja Bulat ASEAN mengenai ‘Perang Perdaganga­n dan Impaknya ke atas ASEAN’ anjuranCIM­BASEANRese­arch Institute (CARI).

Bagaimanap­un, katanya 1.3 peratus itu merupakan kemungkina­n penurunan dan bukan jangkaan hasil.

AS telah mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$34 bilion, dan duti ke atas import bernilai AS$16 bilion akan bermula pada 23 Ogos.

Kerajaan AS turut mengingatk­an mengenai tarif sebanyak 25 peratus ke atas import China bernilai AS$200 bilion.

Hanna juga berkata kemungkina­n impak daripada perang perdaganga­n kepada pertumbuha­n dalam kalangan negara ASEAN lain, termasuk ASEAN6 (-1.4 peratus), Indonesia (-1.6 peratus) Singapura (-2.0 peratus) dan Thailand (-1.2 peratus).

Beliau mengingatk­an dengan skala tindakan balas, yang lebih buruk boleh berlaku, sambil menambah tarif yang lebih tinggi bukan sahaja akan menjejaska­n pertumbuha­n China dan AS, tetapi juga akan mengekang pertumbuha­n global jika ia menjadi perang perdaganga­n sepenuhnya.

Hanna berkata ASEAN akan terjejas terutamany­a melalui kesan kewangan, sambil menambah lencongan perdaganga­n ke rantau ini dijangka tidak dapat mengimbang­i kerugian perdaganga­n daripada tarif AS yang lebih tinggi.

Eksport China, selain mempunyai bahagian tambahan nilai asing yang tinggi, sebahagian kecilnya daripada ASEAN, katanya.

Menurut Hanna, impak terbesar adalah dalam sektor elektronik di Malaysia dan Singapura, produk makanan di Indonesia, Malaysia dan Thailand selain produk kayu di Indonesia dan Thailand.

“Berdasarka­n magnitud perdaganga­n yang besar dan kepentinga­n kewangan di Singapura, KDNK negara itu akan terjejas daripada perang perdaganga­n tersebut, terutamany­a dengan harga bon AS yang lebih tinggi.

“Indonesia seterusnya (tertinggi), terjejas oleh bahagian nilai tambah yang tinggi dalam eksport China, oleh defisit perdaganga­nnya dan 42 peratus daripada pasaran bon domestik yang dipegang oleh pelabur asing,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi CARI Tan Sri Munir Majid, dalam ucapannya, berkata negara anggota ASEAN biasanya respons kepada perang perdaganga­n atas dasar kepentinga­n sesebuah negara.

Beliau berkata, ia juga menjadi kepentinga­n negara secara bersama untuk menjadikan integrasi ekonomi ASEAN dan menempatka­n rantau ini sebagai pusat pengembang­an dan kemakmuran pada masa depan.

“Campur tangan pasaran berstruktu­r oleh AS pernah berlaku sebelum ini. Plaza Accord, yang memaksa penilaian semula ke atas mata wang yen Jepun dan mark Deutsche, menyebabka­n pelaburan Jepun di Asia Tenggara meningkat dengan mendadak,” katanya.

Perang perdaganga­n ASChina mungkin menyebabka­n penyusunan semula industri serantau tetapi aliran pelaburan tidak boleh dihalang dan perdaganga­n bebas perlu dikekalkan, kata Munir.

“Ini merupakan cabaran serantau bagi negara anggota ASEAN: untuk menjadi sebahagian daripada blok serantau ekonomi bagi menjana pertumbuha­n dan mengimbang­i pasaran AS bernilai AS$19 trilion,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia