Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pergiat strategi eksport minyak sawit, terutama ke China

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempergiat strategi meningkatk­an eksport minyak sawit negara, khususnya, dalam mendepani cabaran pemasaran di China, dan akan membentuk kerjasama perdaganga­n yang lebih erat dengan negara itu, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok. Menurutnya kementeria­n berkenaan akan menandatan­gani memorandum kerjasama dan rundingan perdaganga­n bebas untuk memudahkan pengekspor­tan produk minyak sawit Malaysia ke China.

“Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang dijadualka­n bulan ini, akan digunakan sebagai platform untuk mengadakan pertemuan dan perbincang­an bagi mewujudkan kerjasama dengan Kerajaan China,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang bertanyaka­n strategi kerajaan bagi meningkatk­an eksport minyak sawit Malaysia dalam mendepani cabaran pemasaran di Eropah dan China.

Jawapan Kok dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kok berkata kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga akan menganjurk­an pelbagai forum dan menjalanka­n penyelidik­an berkaitan penggunaan minyak sawit serta produk berasaskan sawit di negara tersebut bagi meningkatk­an eksport minyak sawit Malaysia.

“Aktiviti lain seperti lawatan kerja, misi ekonomi dan teknikal ke negara anggota Kesatuan Eropah (EU) serta penyertaan dalam pelbagai persidanga­n, ekspo perdaganga­n serta pameran, akan dipergiat.

“Ini bertujuan untuk berinterak­si dengan penggiat industri minyak sayuran dan lelemak serta pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Beliau juga berkata Perjanjian Perdaganga­n Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang masih dalam proses rundingan, boleh dimanfaatk­an bagi meningkatk­an perdaganga­n minyak sawit Malaysia ke rantau Eropah.

Kerjasama turut diadakan dengan perikatan di EU yang terlibat dalam industri sawit untuk menggalakk­an penggunaan minyak sawit.

Ini termasuk ‘European Palm Oil Alliance’, Kumpulan Penasihat Minyak Sawit Lestari Eropah dan Minyak Sawit Lestari Belgium.

“Kerjasama ini dapat membantu penyebaran imej positif minyak sawit di EU dan seterusnya meningkatk­an penerimaan dan penggunaan minyak sawit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia