Utusan Borneo (Sabah)

Pentas Akhir Bintang Sandakanfm 2018

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KELAPAN-lapan peserta Bintang Sandakanfm 2018 sudah bersedia sepenuhnya untuk bersaing pada pentas akhir yang dijadual berlangsun­g pada Sabtu ini (18 Ogos) di Padang Bandaran Sandakan.

Lapan peserta itu adalah Dewi Masita Osman atau mesra dipanggil Dewi Loffa; Muhammed Redzuwan Yusuf (Wan); Rahmat Mohammad (Mat); Roslinda Asmat (Lyn); Siti Aqilah Nurdin (Qielah); Juhainah Bakar (Aween); Jamilah Hanchus (Mila); dan Dayang Sabrina Ali Hassan (Nubryne).

Dewi Loffa, 23, berharap dengan persiapan secukupnya, ia akan dapat membantu beliau untuk lebih yakin beraksi di atas pentas.

Meskipun gementar kerana semua saingan hebathebat belaka namun, beliau tetap berasa bertuah kerana terpilih ke pentas akhir.

Harapan sama turut disuarakan oleh Wan yang mahu semua hadirin pada malam berkenaan terhibur dengan persembaha­nnya.

Tidak menyangka akan terpilih ke pentas akhir namun, beliau akan menjadikan pertanding­an itu sebagai satu cabaran buat dirinya.

Sementara itu, Mat pula berharap dengan persiapan dan latihan yang dilakukan bersama band iringan, beliau akan lebih yakin untuk membuat persembaha­n yang terbaik.

Beliau juga berharap agar percubaann­ya buat kali ketiga bagi Bintang Sandakanfm akan membuahkan hasil apatah lagi, ia merupakan kali pertama beliau terpilih ke peringkat akhir.

Seorang lagi peserta pentas akhir, Lyn turut memanfaatk­an tunjuk ajar daripada mentor berpengala­man terutama Dj Diddy, bekas juara Bintang Sandakanfm, band pengiring serta rakanrakan finalis akhir sebagai persiapann­ya menjelang pertanding­an itu.

Bermula sekadar hobi di rumah namun beliau tidak menyangka akan terpilih hingga ke peringkat akhir.

Bagi Qielah, Bintang Sandakanfm menjadi platform untuk beliau menambah ilmu dan pengalaman dalam bidang nyanyian, sekali gus membantu dalam memajukan karier sebagai seorang penyanyi. Beliau juga bersemanga­t untuk memberikan persembaha­n terbaik pada malam pentas akhir dengan adanya sokongan keluarga, saudara mara dan rakanrakan.

Bakal mempertaru­hkan lagu berjudul ‘Layar Impian’, Aween juga berharap hadirin dan juri akan terhibur dengan persembaha­nnya pada malam pentas akhir.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada RTM Sandakan dan band pengiring yang telah banyak membantu dalam persiapan.

Sementara itu, Mila juga menjanjika­n persembaha­n yang terbaik pada malam berkenaan dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama memberi sokongan.

Pernah mengikuti ujibakat Bintang Sandakanfm sebanyak lima kali, beliau percaya usaha dan rezeki telah membawanya ke pentas akhir pada kali ini.

Seorang lagi peserta, Nubryne melahirkan kesyukuran kerana dapat bersaing secara sihat dan berharap pertanding­an seumpama dapat diteruskan dalam usaha mencungkil bakat baharu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia