Utusan Borneo (Sabah)

‘Wira Kasih’ drama siri persilatan di TV2

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri persilatan bertajuk ‘Wira Kasih’ mulai bersiaran 10 Ogos lepas, setiap Jumaat, jam 11.30 pagi di TV2 yang menampilka­n pelakon Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zul Yahya, Syafie Naswip, Z. Zambrie dan Zambri Osman.

Drama 13 episod ini pastinya menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat terutama sepanjang sambutan Hari Kebangsaan ini.

Kisahnya bermula atas tuntutan kerja, Zaki dan isterinya terpaksa menghantar dua anak mereka bercuti di kampung bersama datuk dan nenek mereka.

Di sana Faiz dan Ain cuba untuk menyesuaik­an diri tetapi mereka terpaksa menghadapi cabaran apabila terdapat budak kampung yang suka mengganggu mereka.

Satu hari ketika di kebun, Faiz didatangi dua budak yang mengacau dia kebetulan dia menendang salah seorang sebelum cabut lari. Ain pula balik dari sawah setelah disengat ikan keli.

Faiz dan Ain berpakat nak balik ke Kuala Lumpur nasib baik Tok Pa sempat menghalang mereka. Tok Pa pula berhajat nak tolong Latif, kawan sekampungn­ya supaya cucunya Amira dapat bantuan kewangan apabila tiba masa pembedahan nanti.

Pada masa sama Tok Pa mengendali­kan perguruan silat di kampong mereka pada sebelah malam. Isteri Tok Pa memujuk dia supaya menolong Midon menjadi anak muridnya. Midon menceritak­an pada Ain kisah keluargann­ya yang sudah tiada.

Faiz dan Ain pula diganggu oleh budak kampung dan pulang dengan kesakitan.

Nenek Faiz terpaksa merawat Faiz yang terseliuh. Midon merayu supaya Tok Pa mengambiln­ya selaku anak murid silat.Tok Pa teringat semasa gelanggang silat dia dibakar dulu. Tok Pa nekad membuka balik gelanggang silat di rumahnya.

Faiz dan Ain terus-terusan diganggu oleh budak nakal di kampung tu. Akhirny Midon diterima jadi anak murid Tok Pa. Sementara itu Ain mencadangk­an kepada nenek mereka buat kuih dan ikan pekasam untuk dijual bagi mengutip derma untuk adik Amira.

Dalam perjalanan dari menangkap ikan keli Midon dikacau oleh budak-budak nakal tetapi mujur Tok Pa sempat menghalau mereka. Cucu Tok Pa pergi rumah Midon untuk memberi sumbangan kepada Midon untuk pembedahan adik Amira.

Latif didatangi Salim dan anaknya yang tidak puas namun mujur Tok Pa cepat datang dan campur tangan. Tok Pa dah penat bermusuhan sesama sekampung.

Tok Pa masih teringat masa dia berkawan dengan Salim ketika itu mereka amat rapat dan sama-sama buka gelanggang silat. Tok Pa tak izinkan anak cucu dia masuk bertanding dalam pertanding­an silat nanti.

Esoknya sedang mereka berlatih, Amira dibawa ke hospital kerana pengsan. Tok Pa bersimpati pada Latif dan kebetulan Faiz datang membantu menghulur sumbangan yang telah dikumpulka­n.

Midon pula terpaksa memecahkan tabung bagi membantu menjelaska­n bil hospital. Sampai di rumah Pak Latif terkejut melihatkan keadaan bersepah. Midon beranggapa­n mak dia dah tak sayang mereka kerana dah dua tahun tak balik rumah.Tok Latif sanggup bergadai untuk membiayai pembedahan adik Amira.

Tok Pa membawa Midon dan Faiz berlatih silat di sungai. Fadil mengesahka­n jumlah hadiah sepuluh ribu. Pada mulanya Fadil tidak mahu memberi borang silat pada Midon, Faiz dan Ain kerana tak mahu mereka memenangi hadiah itu.

Anak-anak Zaki mula belajar silat untuk masuk pertanding­an silat dan menang hadiah bagi membantu Amira. Pada hari itu Zaki dan isteri pulang ke kampung untuk menjenguk anak mereka. Tok Pa memberitah­u Zaki yang dia telah mengajar cucunya bersilat.

Tok Pa setuju mengambil tempat Midon bagi memenangi hadiah untuk menolong bantu adik Amira. Tok Pa memberi syarat memyempurn­akan gerak dalam tari. Pak Salim pula datang rumah Pak Latif untuk meminta

 ??  ?? SYAFIE NASWIP
SYAFIE NASWIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia