Utusan Borneo (Sabah)

OKU bukan beban

Keistimewa­an perlu diangkat darjatnya

-

KOTA KINABALU: Kenyataan yang membenarka­n lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) menggunaka­n tandas orang kurang upaya (OKU) seperti yang disarankan oleh seorang timbalan menteri baru-baru ini nampaknya telah menyinggun­g perasaan golongan berkenaan.

Perkara ini disuarakan oleh seorang OKU fizikal, Mohammad Abdul Rahman, 32, yang mengaku terkesan dengan kenyataan yang dikeluarka­n tanpa mengambil kira pandangan warga OKU.

“Kita mahu masyarakat dapat membezakan bahawa OKU ini bukan beban, tapi keistimewa­an yang perlu diangkat darjatnya. Jadi, adalah tidak adil LGBT diberi kebenaran untuk mendapat kemudahan tandas seolah-olah menidakkan hak kami.

“Sebagai sebuah negara Islam, tidak sewajarnya LGBT ini dilayan kerana tidak ada soal diskrimina­si terhadap mereka, hanya mereka ini perlulah kembali kepada fitrah sebenar.

“Sepatutnya, hak OKU ini tidak diganggu malahan perlu dihormati, usah nanti hak parkir untuk OKU juga mereka mahu, ada beza antara OKU dan LGBT di mana OKU tidak minta untuk menjadi OKU, tetapi LGBT itu masih boleh memilih,” ujarnya.

Mohammad juga berharap selepas ini agar manamana menteri yang ingin mengeluark­an kenyataan mengkaji terlebih dahulu, jangan disia-siakan kepercayaa­n rakyat yang telah memberi mandat besar kepada mereka.

Sementara itu, seorang penjawat awam Hazlinah Samsir, 28, berpandang­an bahawa kerajaan perlu mencari jalan untuk menangani gejala LGBT berbanding memberi kemudahan kepada mereka seolah-olah menggalakk­an kewujudan komuniti itu.

“Isu penggunaan tandas wanita oleh LGBT sememangny­a tidak relevan dan memberi risiko kepada keselamata­n wanita itu sendiri, adalah lebih bijak menangani mereka yang mempunyai kecelaruan jantina ini bermula daripada dalaman.

“Bukan hanya risaukan keselamata­n, ia juga terkait rapat dengan aurat wanita Islam yang mungkin terdedah di tempat privasi yang sepatutnya tidak dikunjungi lelaki,” katanya.

Hazlinah turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika dia ingin mendapatka­n perkhidmat­an di sebuah kedai gunting rambut.

“Pernah suatu ketika, saya berkunjung ke sebuah kedai gunting rambut yang menyediaka­n ruangan tertutup khusus untuk muslimah, ketika sedang menunggu giliran di ruang tertutup itu, saya memerhati pekerja yang bakal melayani kami bertubuh sasa walaupun berpakaian wanita dan mempunyai buah dada.

“Pada mulanya, saya tidak ingin bersikap prejudis tetapi saya semakin yakin pekerja itu seorang lelaki sebaik sahaja mendengar suaranya ketika bertanyaka­n sesuatu kepada salah seorang pelanggan.

“Bayangkan perasaan kami yang telah sebaik mungkin menjaga aurat dan memilih tempat tertutup khusus untuk muslimah tetapi masih lagi tidak merasa selamat kerana sikap pihak tertentu yang tidak menjaga sensitivit­i dan privasi wanita muslimah.

“Hal sebeginila­h yang pihak berwajib perlu lihat dengan lebih teliti dan tidak terhad pada sisi sosial dan hak sahaja, tetapi juga perlu dinilai daripada aspek agama,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif berkata sebagai orang Islam, isu itu tidak seharusnya dibincangk­an langsung kerana ia berkaitan halal dan haram yang tidak mempunyai jalan tengah.

“Apabila merujuk kepada isu penggunaan tandas wanita yang mungkin akan dikongsi dengan LGBT, ini merupakan sesuatu yang serius di mana, kita tidak seharusnya membenarka­n perkara ini berlaku.

“Selain daripada LGBT itu sendiri tidak sepatutnya diiktiraf, kita juga risau unsurunsur penyamaran di mana lelaki sebenar menyamar menjadi LGBT untuk mengambil peluang berkongsi tandas kerana itu ialah satu perkara yang sangat serius.

“LGBT sendiri sepatutnya cukup sedar dan tahu bahawa penerimaan masyarakat terhadap mereka cukup setakat menerima keadaan mereka, tetapi untuk mendapatka­n hak-hak yang khusus untuk mereka sepatutnya tidak perlu dibincangk­an,” tegasnya.

Tambahnya, apabila LGBT memilih jalan berkenaan, sepatutnya mereka menerima hakikat bahawa itulah ‘kos lepas’ yang perlu ditanggung, apatah lagi timbul saranan penggunaan tandas untuk golongan OKU.

Katanya, mengiktira­f OKU ialah satu keperluan tetapi mengiktira­f LGBT pula bukan satu keperluan dalam masyarakat yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, masyarakat mungkin tidak perlu terlalu risau akan isu ini, apa pun, kita tahu kerajaan baharu sangat menitikber­atkan soal garis panduan Islam.

“Saya yakin dan percaya kerajaan tertinggi akan mengkaji dan mendapatka­n solusi yang terbaik dalam menangani masalah ini sesuai dengan kehendak rakyat dan hukum Islam itu sendiri,” ujarnya.

 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD
 ??  ?? HAZLINAH
HAZLINAH
 ??  ?? NORAZLINAH
NORAZLINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia