Utusan Borneo (Sabah)

‘Tragedi amat besar’ menimpa Itali

Puluhan maut apabila jambatan laluan kenderaan roboh ketika hujan lebat

-

GENOA: Itali terkejut kelmarin selepas puluhan orang maut apabila sebuah jambatan laluan kenderaan roboh dalam keadaan hujan lebat di kota Genoa, Itali, dalam apa yang disebut oleh kerajaan sebagai satu “tragedi amat besar”.

Keruntuhan itu, yang menyaksika­n sebahagian besar lebuh raya A10 jatuh ke atas landasan kereta api di kota pelabuhan utara itu, berlaku ketika jambatan tersebut sedang menjalani kerja penyelengg­araan dan ketika wilayah Liguria, di mana Genoa terletak, mengalami hujan yang begitu lebat.

“Kiraan rasmi adalah sebanyak 24 kematian tetapi bilangan itu mungkin akan meningkat kerana penyelamat masih mencari mangsa di bawah ” runtuhan. GIUSEPPE CONTE Perdana Menteri

“Malangnya terdapat kira-kira 30 kematian dan ramai cedera dalam keadaan serius,” kata Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini kepada pemberita.

Perdana Menteri Giuseppe Conte kemudian berkata kiraan rasmi adalah sebanyak 24 kematian tetapi bilangan itu mungkin akan meningkat kerana penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan.

Presiden Itali Sergio Matta-rella berkata “malapetaka” telah melanda Genoa dan seluruh Itali, manakala perhatian beralih kepada apa yang mungkin telah menyebabka­n keruntuhan itu dan siapa yang mungkin bertanggun­gjawab pada akhirnya.

“Rakyat Itali mempunyai hak untuk menikmati infrastruk­tur moden dan efisien yang mengiringi mereka dengan selamat sepanjang kehidupan harian mereka,” Mattarella menyebut dalam satu kenyataan.

Conte menambah: “Ia ada-lah jelas bahawa kita perlu segera merancang langkah istimewa. Kita perlu melancarka­n pelan pemantauan bagi semua infrastruk­tur dan kita tidak boleh membiarkan tragedi lain seperti ini daripada berlaku lagi.”

Penyelamat yang mencari mangsa di bawah runtuhan, yang bertaburan di kalangan tanah semak dan landasan kereta api, berkata terdapat “puluhan” mangsa, manakala helikopter penyelamat meng-angkat mangsa selamat di atas pengusung dari jambatan yang musnah.

Kereta dan trak terperangk­ap dalam runtuhan manakala bangunan berdekatan rosak akibat kepingan konkrit yang besar, menurut seorang jurugambar AFP di tempat kejadian.

“Kami tidak akan berputus asa, kami sudah menyelamat-kan 12 orang dari bawah runtuhan,” kata seorang pegawai bomba Emanuele Giffi kepada AFP.

“Kami akan bekerja sepan-jang masa sehingga mangsa terakhir sudah diselamat-kan.”

Ketika kereta dan trak terjunam dari jambatan, Afifi Idriss, 39, seorang pemandu lori dari Maghribi, sempat menghentik­an kenderaan tepat pada waktunya.

“Saya melihat lori hijau di hadapan saya berhenti dan kemudian berundur, lalu saya berhenti juga, mengunci trak dan lari,” katanya kepada AFP.

Lori hijau tersebut masih di atas jambatan pada lewat petang, selepas ia sempat berhenti tidak jauh dari jejambat yang kini sudah ternganga.

Insiden itu – yang paling berdarah seumpamany­a di Eropah sejak 2001 – merupakan yang terbaharu dalam siri keruntuhan jambatan di Itali, sebuah negara yang cenderung mengalami aktiviti seismik tetapi di mana infrastruk­tur pada umumnya menunjukka­n kesan ekonomi yang semakin goyah.

Rakaman udara menunjukka­n lubang lebih 650 meter panjang, dikenali oleh penduduk tempatan sebagai jambatan Morandi, yang musnah sepenuhnya.

“Saya mengikuti dengan begitu resah apa yang sedang berlaku di Genoa dan apa yang kemungkina­n besar satu tragedi amat besar,” kata Menteri Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Danilo Toninelli dalam Twitter.

Salvini, yang juga ketua parti nasionalis Liga dalam kerajaan perikatan, berikrar untuk menahan mereka yang bertanggun­gjawab bagi bencana itu.

“Saya sudah menggunaka­n jambatan ini ratusan kali, dan saya memberikan komitmen untuk mengetahui dan mencari orang yang bertanggun­gjawab bagi tragedi yang tidak boleh diterima ini, kerana ia adalah mustahil bahawa pada 2018, kita dapat bekerja dan mati dalam keadaan ini,” katanya.

Punca bencana tidak jelas serta-merta, tetapi jabatan cuaca di wilayah Liguria telah mengeluark­an amaran taufan pada pagi kelmarin.

Badan lebuh raya negara berkata dalam laman sesawangny­a “kerja penyelengg­araan sedang dijalankan di kaki jejambat”, dan menambah sebuah kren telah digerakkan ke tapak untuk membantu dalam kerja.

Genoa, yang mempunyai setengah juta penduduk, terletak di antara laut dan kawasan pergununga­n di barat laut Itali. Permukaann­ya yang kasar bermakna lebuh raya yang dibina menerusi kota itu dan kawasan sekitar dicorakkan oleh terowong dan jejambat panjang.

Jejambat Morandi, yang siap pada 1967, menjangkau puluhan landasan kereta api serta sebuah zon perindustr­ian dengan beberapa kilang. — AFP

 ?? — Gambar Stefano Rellandini/Reuters ?? JAMBATAN Morandi yang roboh dilihat di bandar pelabuhan Genoa, Itali kelmarin.
— Gambar Stefano Rellandini/Reuters JAMBATAN Morandi yang roboh dilihat di bandar pelabuhan Genoa, Itali kelmarin.
 ?? — Gambar Stefano Rellandini/Reuters ?? ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mayat mangsa di tapak Jambatan Morandi yang roboh di bandar pelabuhan Genoa, Itali kelmarin.
— Gambar Stefano Rellandini/Reuters ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mayat mangsa di tapak Jambatan Morandi yang roboh di bandar pelabuhan Genoa, Itali kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia