Utusan Borneo (Sabah)

Skandal seks: Ketua persatuan Buddha China letak jawatan

-

BEIJING: Ketua persatuan pengikut Buddha yang dikendalik­an oleh kerajaan China meletak jawatan semalam ketika siasatan sedang dijalankan ke atas dakwaan bahawa dia memaksa beberapa rahib untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Xuecheng, seorang ahli Parti Komunis dan ketua sami di Biara Longquan Beijing, merupakan salah seorang tokoh paling terkemuka untuk menghadapi tuduhan dalam pergerakan #MeToo yang semakin berkembang di China.

Dalam satu laporan setebal 95 muka surat yang diedarkan dalam talian lewat bulan lepas, dua sami menuduh Xuecheng menghantar teks pesanan yang lucah kepada sekurang-kurangnya enam wanita, dengan mengugut atau memujuk mereka untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Badan keagamaan tertinggi di China melancarka­n siasatan sejurus selepas dakwaan itu dimaklumka­n kepada umum.

Xuecheng meletak jawatan di satu mesyuarat Persatuan Pengikut Buddha China semalam.

“Majlis itu menerima peletakan Xuecheng sebagai presiden Persatuan Pengikut Buddha China,” satu kenyataan yang dipaparkan semalam dalam laman sesawang persatuan itu menyebut.

Ia dimasukkan ke dalam laporan panjang yang memperinci­kan satu mesyuarat majlis yang tidak menjelaska­n sebab ketua sami itu untuk meletak jawatan mahupun merujuk kepada siasatan baru-baru ini.

Kenyataan sama turut dipaparkan oleh Pentadbira­n Hal Ehwal Agama Kerajaan, badan dalam kerajaan yang mengawasi kumpulan keagamaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia