Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat ‘rempuhan kereta’ di luar parlimen UK

-

LONDON: Sebuah kereta melanggar orang yang lalulalang sebelum ia merempuh sebuah perintang yang melindungi Bangunan Parlimen Britain dalam satu kejadian yang disyaki serangan pengganas kelmarin.

Seorang lelaki berusia 29 tahun, yang tidak dikenali badan keselamata­n sebelum ini, ditangkap di tempat kejadian oleh pegawai bersenjata. Tiga orang cedera.

Polis, yang pada mulanya berkata lelaki itu enggan bekerjasam­a, menahannya di sebuah balai polis di London kerana disyaki sedang bersiap sedia untuk satu serangan pengganas.

Selepas satu taklimat, Setiausaha Dalam Negeri Sajid Javid menggesa rakyat untuk berfikiran terbuka mengenai perkara di sebalik insiden itu, manakala polis menyerbu tiga hartanah di tengah England.

Pada tahun lepas, lima orang maut apabila sebuah kereta melanggar pejalan kaki dalam satu serangan di luar parlimen.

“Sudah tentulah banyak pertanyaan,” kata menteri dalam negeri Javid.

Polis dan badan keselamata­n “sedang melakukan segalanya yang termampu untuk tahu lebih lanjut tentang insiden itu.

“Kita mesti berfikiran terbuka mengenai apa yang telah berlaku dan saya pasti apabila mereka ada maklumat lanjut, mereka ada lebih banyak perkara untuk disebut.”

Perdana Menteri Theresa May berkata serangan yang disyaki itu “mengejutka­n” dan satu “insiden dahsyat” selain mengecam “tujuan pelampau yang tidak waras”.

Rakaman menunjukka­n kenderaan Ford Fiesta berwarna perak itu melencong di satu persimpang­an, melanggar penunggang basikal dan pejalan kaki, sebelum ia merempuh sebuah perintang di luar Bangunan Parlimen pada jam 7.37 pagi.

Lelaki bersenjata bertindak untuk menangkap pemandu, dan mengeluark­annya dari kenderaan dengan mengacukan pistol.

Imej menunjukka­n polis menggari lelaki itu, yang memakai seluar jean dan jaket hitam.

“Memandangk­an ia dipercayai satu tindakan yang sengaja, kaedah yang digunakan dan lokasi ikonik, ia dilayan sebagai satu insiden pengganas,” polis menyebut dalam satu kenyataan.

Polis berkata orang lain tiada dalam kenderaan itu, yang masih berada di tempat kejadian dan sedang diperiksa. Tiada senjata dijumpai.

Seorang lelaki dan seorang wanita dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Kedua-dua mangsa sudah dibenarkan pulang. Seorang lagi lelaki turut menerima rawatan di tempat kejadian bagi kecederaan ringan.

Tiada tangkapan lain telah dibuat dan polis menyatakan maklumat perisikan lain tiada mengenai bahaya selanjutny­a kepada warga London. — AFP

 ?? — Gambar Henry Nicholls/Reuters ?? PEGAWAI forensik memeriksa kereta yang merempuh perintang di luar Bangunan Parlimen di Westminste­r, London, Britain kelmarin.
— Gambar Henry Nicholls/Reuters PEGAWAI forensik memeriksa kereta yang merempuh perintang di luar Bangunan Parlimen di Westminste­r, London, Britain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia