Utusan Borneo (Sabah)

Polis Hong Kong beku akaun bank taikun China

-

Polis Hong Kong telah membekukan akaun bank taikun China yang hidup dalam pelarian, Guo Wengui, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas pengubahan wang berjumlah HK$32.9 bilion (RM$16.8 bilion) yang turut melibatkan anak lelaki dan anak perempuann­ya, surat dakwa mahkamah mendedahka­n.

Bilionair Guo Wengui lari ke Amerika Syarikat pada 2014 di mana dia kini mencari perlindung­an suaka selepas dia menuduh pegawai di negara asalnya China mengamalka­n rasuah.

Sejak itu dia telah membuat tuduhan rasuah yang panas terhadap golongan elit di China dengan memaparkan siri dakwaan rasuah dalam media sosial, dan menuntut “perubahan rejim” di Beijing.

Maklumat mengenai siasatan polis Hong Kong muncul dari dokumen mahkamah yang dikemukaka­n sebagai sebahagian daripada permohonan bagi semakan semula kehakiman terhadap pembekuan pelbagai aset yang dikaitkan dengan Guo.

Permohonan itu difailkan oleh Anton Developmen­t Limited – sebuah syarikat yang dipegang oleh anak perempuan Guo, Guo Mei – di Mahkamah Tinggi di bandar raya Hong Kong kelmarin dan merupakan kali pertama siasatan terhadap taikun itu didedahkan di Hong Kong.

Dokumen menunjukka­n Guo dituduh, bersama anak perempuann­ya, Guo Mei, anak lelakinya Guo Qian, dan dua orang lain, menggunaka­n akaun bank peribadi mereka dan akaun bank Anton dan Hong Kong Internatio­nal Funds Investment­s Limited – juga dimiliki anak perempuann­ya – untuk mengubah HK$32.9 bilion, yang “diketahui atau dipercayai merupakan perolehan daripada satu kesalahan yang boleh didakwa”.

Akaun-akaun tersebut dibekukan pada Julai 2017, menurut perintah rasmi mahkamah, dan Anton sejak itu telah meminta polis untuk melepaskan akaun-akaun tersebut.

Dokumen itu menyebut polis enggan berbuat demikian “kerana dakwaan mengenai siasatan polis ke atas kesalahan yang disyaki pengubahan wang”.

Perintah rasmi mahkamah menunjukka­n akaun yang dibekukan berjumlah sekurang-kurangnya HK$1.56 bilion.

Anton berkata dalam perintah rasmi mahkamah, ia sudah menjelaska­n kepada polis bahawa HK$730 juta dalam akaun yang dibekukan merupakan dana pelaburan dari sebuah tabung negara di Abu Dhabi.

Polis Hong Kong tidak dapat segera mengulas ketika dihubungi AFP.

Hartanah Guo sudah dirampas dan dua adikberadi­k dipenjara sejak dia lari dari China empat tahun lalu.

Menurut laporan media China, dia juga dituduh membayar 60 juta yuan (RM35.2 juta) kepada bekas naib menteri keselamata­n negeri yang aib, Ma Jian.

Dia merupakan sasaran bagi “notis merah” Interpol, satu waran tangkap tidak mengikat yang dikeluarka­n oleh agensi kepolisan antarabang­sa.

Kempen antirasuah di China dilancarka­n selepas Xi Jin-ping memegang kuasa pada 2012 dan sudah menjatuhka­n pegawai kerajaan dan eksekutif korporat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia