Utusan Borneo (Sabah)

Kongsi pengetahua­n, timba ilmu

Pelajar Pendidikan Khas SMK Lajau tunjuk bakat bermain angklung di peringkat antarabang­sa

-

LABUAN: Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar telah menerima lawatan pengantara­bangsaan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Rombongan yang diketuai oleh Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip turut disertai oleh 13 guru, tiga pembantu pengurusan murid dan 24 pelajar pendidikan khas.

Ketibaan rombongan dari SMK Lajau itu disambut dengan paluan kompang (hadrah) dan persembaha­n seni mempertaha­nkan diri karate daripada SM Sayyidina Abdu Bakar.

Seterusnya, rombongan turut dibawa melawat dan melihat beberapa aktiviti pelajar pendidikan khas di sekolah itu. Antaranya, demonstras­i memasak dan aktiviti pembungkus­an produk rempah ratus oleh Syarikat Sabli Sdn Bhd.

Sebaik sahaja selesai meninjau aktiviti pelajar di kelas, warga SM Sayyidina Abu Bakar disajikan dengan persembaha­n angklung daripada pelajar Pendidikan Khas SMK Lajau yang merupakan salah satu objektif lawatan iaitu menonjolka­n bakatpelaj­ardalamper­mainan alat muzik angklung.

Pelajar-pelajar telah mempersemb­ahkan tiga lagu dan mendapat sorakan serta sokongan daripada 1,058 orang pelajar dan warga SM Sayyidina Abu Bakar.

Terdahulu, rombongan diberikan taklimat oleh Pengetua SM Sayyidina Abu Bakar Sia Ai Chin di bilik gerakan sekolah itu.

Turut serta ialah Timbalan Pengetua Pentadbira­n Hajah Norashikin Abdul Rahman, Timbalan Pengetua Akademik Hajah Junaidah Haji Tajuddin dan Pegawai Pendidikan Tingkat Khas Ketua Perkhidmat­an Bantuan Pembelajar­an Peringkat Rendah & Menengah Unit Pendidikan Khas (UPK) Kementeria­n Pendidikan Brunei Darussalam Siti Zaleha Haji Abdi Manaf.

Jamatin dalam ucapannya berkata, antara tujuan lawatan pengantara­bangsaan itu adalah untuk berkongsi pengetahua­n dan menimba ilmu baharu berkaitan pelaksanaa­n Program Pendidikan Khas di sekolah itu.

“Selain itu, rombongan ke Brunei ini juga bertujuan menjadikan Brunei sebagai pentas untuk pelajar pendidikan khas sekolah ini menunjukka­n bakat mereka dalam bermain alat muzik angklung.” katanya.

Seterusnya, pertukaran cenderamat­a antara SMK Lajau, SM Sayyidina Abu Bakar dan juga daripada wakil Kementeria­n Pendidikan Brunei Darussalam.

Lawatan ke sekolah berkenaan mendapat liputan Radio Televisyen Brunei Darussalam dan pada akhir taklimat, Jamatin turut diwawancar­a RTB.

Pada sebelah petang, rombongan SMK Lajau tidak melepaskan peluang untuk melawat beberapa tempat menarik di Negara Brunei seperti Muzium Alat Kebesaran Diraja yang mempamerka­npelbagaia­latan sejarah Diraja Negara Brunei, Empire Hotel & Country Club merupakan hotel termahal di negara minyak, seterusnya mengunjung­i destinasi yang ditunggu-tunggu oleh para pelajariai­tuTamanPer­mainan Jerudong (Jerudong Park).

Peserta rombongan diberikan potongan separuh harga bagi harga tiket masuk yang membolehka­n pelajarpel­ajar bermain di semua tempat permainan yang disediakan.

Pada sebelah malamnya, rombongan SMK Lajau dibawa ke rumah Haji Awg Mohamad Haji Ag Omar di Kampung Jerudong untuk mengadakan persembaha­n angklung dan jamuan makan malam.

Setiap pelajar diberikan cenderamat­a dan wang tunai $10 Brunei Dollar dan $400 Dollar Brunei untuk Program Pendidikan Khas SMK Lajau.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas Noraini Haji Sabudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Jasmi Sabtu, Pengarah Projek Mohd Fizree Zakaria, Pengurus Keselamata­n Mohd Aminuddin Fahmi Mohd Zahari, Pengurus Penginapan Muhd Zuraihi Razali, Muhammad Ashrah Mat Yuti, Rata Anak Lutau, Juliana Jamrin, Zurinah Haji Daud, Sadiah Jakob, Noordiana Abdul Karim, Maslinah Mohammad, Herlina Alimuddin, Rita Jamin, Noorsalbin­ah Salleh dan Sadiah Jakob.

Sebelum bertolak balik, ahli rombongan SMK Lajau berkesempa­tan mengunjung­i PasarTamuK­iangiberde­katan hotel penginapan peserta bagi membeli-belah buah tangan untuk dibawa balik.

Sepanjang lawatan pengantara­bangsaan itu, sedikit sebanyak dapat meningkatk­an lagi ilmu baharu lebih-lebih lagi yang berkaitan hala tuju pelajar berkeperlu­an khas.

 ??  ?? PELAJAR dan guru bermain air di Taman Permainan Jerudong.
PELAJAR dan guru bermain air di Taman Permainan Jerudong.
 ??  ?? ROMBONGAN SMK Lajau tidak melepaskan peluang untuk mengunjung­i salah sebuah hotel terbesar di Brunei iaitu Empire Hotel & Country Club.
ROMBONGAN SMK Lajau tidak melepaskan peluang untuk mengunjung­i salah sebuah hotel terbesar di Brunei iaitu Empire Hotel & Country Club.
 ??  ?? ACARA lari dalam kain sarung berpasanga­n menjadi tarikan ahli Kekaumas.
ACARA lari dalam kain sarung berpasanga­n menjadi tarikan ahli Kekaumas.
 ??  ??
 ??  ?? AHLI Kekaumas bersama anak-anak mereka.
AHLI Kekaumas bersama anak-anak mereka.
 ??  ?? ZALEHA (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamatin pada majlis itu.
ZALEHA (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamatin pada majlis itu.
 ??  ?? (Gambar atas) WARGA SM Sayyidina Abu Bakar bergambar bersama rombongan SMK Lajau.
(Gambar kiri) DARI kanan; Norhaskiki­n, Junaidah dan Sia Ai Chin menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamatin. Turut kelihatan Jasmi (tengah), Noraini (lima kiri), Zaleha, Rata, Nurdiana dan Sadiah.
(Gambar atas) WARGA SM Sayyidina Abu Bakar bergambar bersama rombongan SMK Lajau. (Gambar kiri) DARI kanan; Norhaskiki­n, Junaidah dan Sia Ai Chin menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamatin. Turut kelihatan Jasmi (tengah), Noraini (lima kiri), Zaleha, Rata, Nurdiana dan Sadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia