Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga Kekaumas 2018 meriah

-

KOTA KINABALU: Hari Keluarga bagi Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (Kekaumas) 2018 telah diadakan dengan meriah di ODEC UMS, di sini pada Sabtu.

Hari keluarga yang dihadiri oleh kira-kira 300 ahli Kekaumas itu telah dirasmikan oleh Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar UMS Juniezam Juka.

Bebarapa acara sukaneka telah diadakan pada program itu yang bermula dengan acara kanak-kanak hinggalah dewasa.

Dalam ucapannya, Juniezam berkata satusatuny­a aktiviti yang terbaik untuk mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara semua ahli adalah dengan mengadakan hari keluarga kerana ia membolehka­n mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain, sama ada ahli lama atau baharu.

“Peluang menghadiri hari keluarga seharusnya direbut oleh semua ahli yang inginkan suasana meriah dan gembira setelah penat memeras fikiran di pejabat.

“Pihak pengurusan UMS amat memandang berat mengenai pewujudan Kekaumas di universiti ini sejak dari mantan Presiden Amat Jutrah lagi,” katanya.

Tambah Juniezam, penyaluran berbagai masalah ke pihak pengurusan amat disenangi dan diambil perhatian tetapi ia bukanlah satu keputusan daripada pihak Exco Kekaumas namun, akan diputuskan dan dibincang di peringkat Majlis Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ).

Sehingga kini katanya, hampir 90 peratus permasalah­an yang dibawa oleh pihak Kekaumas telah dapat diselesaik­an melalui MBJ.

Terdahulu itu, Presiden Kekaumas Abdul Jalil Sapli mengucapka­n terima kasih kepada Juniezam selaku wakil Pendaftar UMS kerana sudi meluangkan masa bersama di Hari Keluarga Kekaumas kali kedua itu.

Katanya hari keluarga sememangny­a telah lama dirancang oleh mantan presiden dan Alhamdulil­lah, ia telah berjaya dilaksanak­an dengan begitu meriah sekali.

“Kita berharap pada hari keluarga akan datang, penglibata­n dan penyertaan para ahli akan dapat ditingkatk­an lagi,” katanya.

Antara program yang diatur adalah penyampaia­n sumbangan RM500 setiap seorang daripada Tabung Kebajikan Kekaumas kepada semua pesara ahli Kekaumas yang yang telah menjadi ahli selama 10 tahun.

Acara sukaneka melibatkan senamrobik, lari dalam kain sarung berpasanga­n, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling belon, larian kerusi berirama dan lain-lain lagi.

Sumbangan dan hadiah telah disampaika­n oleh Juniezam.

 ??  ?? AHLI Kekaumas bersama tetamu jemputan.
AHLI Kekaumas bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? AMAT Jutrah (tiga kiri) merakamkan gambar bersama Juneizam selepas penyerahan sumbangan Tabung Kebajikan Kekaumas.
AMAT Jutrah (tiga kiri) merakamkan gambar bersama Juneizam selepas penyerahan sumbangan Tabung Kebajikan Kekaumas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia