Utusan Borneo (Sabah)

Hassan pencetus kemenangan Wirajaya

Jinakkan Takun Veteran 2-1 dalam siri bolasepak persahabat­an

-

PAPAR: Kelicikan Hassan Hj.Mudin selaku pemain tengah pasukan kelab Wirajaya yang berganding­anbaikbers­ama Awang Damit Haji Abu Bakar @Buchu dan Dali Bidin mengangkat beliau sebagai wira dan pencetus kemenangan kepada pasukan Wirajaya.

Hasil larian solo dari tengah padang, Hassan berjaya memperdaya­kan empat pertahanan lawan sekaligus menjaringk­an gol kemenangan pada minitminit akhir perlawanan dengan sepakan yang mengeliruk­an penjaga gol pasukan Takun Veteran dalam siri perlawanan persahabat­an di Padang Pekan Papar pada malam Selasa yang berkesudah­an Wirajaya menang tipis 2-1.

Sementara gol pertama Wirajaya dijaringka­n oleh Dali pada minit ke 72 hasil hantaran lintang Malai Amat yang dinobatkan selaku ‘Pemain Pertahanan Terbaik’ perlawanan.

Manakala gol pasukan Takun dijaringka­n oleh Yusuf Aliudin yang berganding­an baik bersama Oyot Daham dibahagian serangan pada minit ke

55 hasil tendangan deras dari luar kotak penalti terus menerjah penjuru kiri gol Wirajaya.

Pujian harus diberi kepada penjaga gawang Wirajaya Hassan Maradin @ Awang yang bertindak cemerlang dan mampu menghalang beberapa percubaan berbahaya pasukan Takun dari awal permainan hingga wisel penamat ditiupkan.

Menurut Masri Hj.Md. Matsah selaku Pengurus Wirajaya ketika ditemui selepas perlawanan berkata, kalah dan menang bukanlah ukuran namun natijahnya kita dapat menyemai tali silaturahi­m di kalangan kedua- dua pasukan.

Beliau juga amat berpuas hati dengan prestasi para pemain beliau walaupun dibarisi ramai pemain yang berumur 50 tahun ke atas tapi masih mampu menyaingi pemain Takun yang menurunkan ramai pemain yang lebih muda.

Beliau juga memuji para pemain Takun yang menunjukka­n disiplin yang tinggi sepanjang perlawanan.

Selain itu Yusof Aliudin ketika ditemui berkata, beliau juga memuji semangat sepasukan Wirajaya dan masih mampu bermain dengan baik terutama Sidik Moksin yang sudah berumur 63 tahun namun masih mampu menunjukka­n skil permainan yang menakjubka­n .

Di akhir perlawanan, Oyot Daham dianugerah­kan sebagai “Pemain Berpotensi” dan Yusof Aliudin dinobatkan sebagai “Pemain Penyerang Terbaik” sepanjang perlawanan.

 ??  ?? OYOT Daham (dua kanan) menerima hadiah anugerah ‘Pemain Berpotensi’ daripada Abd Wahid (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Majid (kanan) dan Mazlan Matbee.
OYOT Daham (dua kanan) menerima hadiah anugerah ‘Pemain Berpotensi’ daripada Abd Wahid (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Majid (kanan) dan Mazlan Matbee.
 ??  ?? SIDIK Moksin (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Malai Amat (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Hassan Hj.Mudin (kiri).
SIDIK Moksin (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Malai Amat (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Hassan Hj.Mudin (kiri).
 ??  ?? SALLEH (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Dali (dua kiri) penjaring gol tercantik sambil diperhatik­an oleh Midi (kanan) dan Awang.
SALLEH (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Dali (dua kiri) penjaring gol tercantik sambil diperhatik­an oleh Midi (kanan) dan Awang.
 ??  ?? YUSOF (kiri) menerima anugerah ‘Pemain Penyerang Terbaik’ daripada Buchu Naib Presiden SAFA Papar sambil diperhatik­an oleh Sahiran (kanan).
YUSOF (kiri) menerima anugerah ‘Pemain Penyerang Terbaik’ daripada Buchu Naib Presiden SAFA Papar sambil diperhatik­an oleh Sahiran (kanan).
 ??  ?? BARISAN pasukan Wirajaya. Kelihatan Masri (berdiri tengah) merakamkan gambar sebelum perlawanan.
BARISAN pasukan Wirajaya. Kelihatan Masri (berdiri tengah) merakamkan gambar sebelum perlawanan.
 ??  ?? BARISAN pasukan Takun Veteran.
BARISAN pasukan Takun Veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia