Utusan Borneo (Sabah)

Skuad compound negara berlepas awal serasikan gelanggang

-

KUALA LUMPUR: Skuad memanah compound negara mengambil inisiatif berlepas awal ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, biarpun saingan peringkat kelayakan acara berkenaan hanya bermula 21 Ogos ini.

Pemanah compound lelaki negara, Mohd Juwaidi Mazuki berkata pendekatan itu diambil beliau dan rakan sepasukan bagi menyesuaik­an sepenuhnya dengan keadaan gelanggang dan lokasi pertanding­an agar dapat mempamerka­n aksi terbaik.

”Kita mengambil daripada sudut positif sampai awal serta berlatih awal supaya dapat membiasaka­n diri dengan tempat latihan di sana sebagai satu kelebihanb­uatkita.Tidak banyak berbeza kalau dibandingk­an beraksi di sini (Malaysia) dari segi cuaca tetapi setiap padang dan pergerakan serta bacaan angin perlu diambil kira, ia jelas berbeza.

“Kita nak tahu pergerakan angin pada waktu pagi dan petang supaya boleh mengimbang­i dengan keadaan itu,” katanya ketika ditemui Bernama semasa menjalani latihan di sini pada Rabu.

Beraksi dalam acara berpasukan lelaki, Juwaidi yang akan berganding­an dengan Zulfadhli Ruslan, Lee Kin Lip serta Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli akan berlepas ke Jakarta, hari ini, bersama-sama skuad compound dan recurve negara.

Sementara itu, pemanah compound wanita negara Fatin Nurfateha Mat Salleh yang masih segar dengan kejayaan pada Sukan SEA 2017, berharap dapat mencipta keajaiban pada penampilan sulung beliau serta pasukannya dalam Sukan Asia kali ini.

“Kami sudah mencapai tahap 90 peratus bersedia namun saya berharap dengan semangat yang tinggi kita dapat lakukan dan jika rezeki berpihak (kepada kami), kedudukan podium mungkin dalam tangan.

“Di atas kertas Korea Selatan, Taiwan serta India akan jadi tumpuan untuk menaiki podium namun keserasian bersamapas­ukansemaki­n sempurna dan kita akan cubamelaku­kanterbaik,” katanya.

Fatin Nurfateha akan berganding­an dengan Nurul Syazhera Mohd Asmi, Sazatul Nadhirah Zakaria serta Saritha Cham Nong bagi membawa cabaran tersebut.

Acara compound pada awalnya tidak dipertandi­ngkan pada Sukan Asia 2018, namun penganjur membuat kejutan menyenarai­kannya kembali dengan hanya mempertand­ingkan acara berpasukan lelaki, berpasukan wanita serta campuran, tanpa acara individu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia