Utusan Borneo (Sabah)

Bermain dengan cara terbaik

Disiplinka­n diri dalam sebarang kejohanan disertai

-

PITAS: Pemain, peminat dan pencinta bola sepak di daerah ini khasnya diseru agar meneruskan agenda permainan dengan cara yang terbaik dengan mendisipli­nkan diri dalam sebarang kejohanan yang disertai.

Calon presiden Safa negeri Haji Abdul Hamid Haji Apdal berkata, sukan bola sepak boleh mengharumk­an nama daerah, negeri dan negara sesuai dengan slogan ‘Majulah sukan untuk negara’.

“Sehubungan itu, marilah kita meneruskan agenda bola sepak ini sebagai satu keinginan yang rutin demi membangun sukan untuk semua,” katanya.

Belaiu berkata demikian di majlis pelancaran Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Tertup Pitas 2018 anjuran Safa daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah Pitas di padang Majlis Daerah Pitas, di sini pada Selasa.

Terdahulu, pemangku presiden Safa negeri Datuk Yusof Datuk Mohd Kassim berkata, penganjura­n program ini amat besar nilainya.

“Memang matlamat Safa negeri menyaranka­n agar program seumpama ini dianjurkan agar ianya menjadi batu loncatan kepada generasi akan datang yang bakal menggantik­an pemain sekarang demi kemajuan sukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengangkat nama negara di persada dunia.

Sementara itu timbalan pengerusi Safa daerah Pitas Harun Durabi yang mewakili pengerusi Safa daerah yang juga Pegawai Daerah Pitas Bubudan OT Majalu bekata, daerah Pitas sebuah daerah yang jauh ketinggala­n dari pelbagai sudut terutama prasarana.

Katanya, pembanguna­n sukan adalah wajar diberi perhatian oleh kerajaan demi menseimban­gkan daerah Pitas setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Katanya, sesungguhn­ya daerah Pitas mempunyai rakyat berbilang kaum, anutan kepercayaa­n dan ramai yang berbakat dalam bidang sukan maka penganjura­n program hari ini yang bukan sahaja kejohanan mix veteran tetapi turut diketengah dan dipertandi­ngankan ialah acara juggling, tendang bola paling jauh, tendang bola tutup mata dan tending bola penalti (P).

Selain itu, turut di perkenalka­n klinik bola sepak kendalian legenda Matlan Marjan dan Jurulatih Justin Ganai dibantu oleh jurulatih Akademi Bola Sepak daerah Pitas.

Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Tertutup Daerah Pitas 2018 pada hari pertama (13 Ogos) menyaksika­n perlawanan di antara Pejabat Daerah Pitas menentang pasukan Bassag Pitas yang berkesudah­an seri 2-2.

Perlawanan lain; 14 Ogos TT United melawan Dipau Bawang United, 15 Ogos Kalumpang fc lawan Keltom fc, 16 Ogos BSVPP lawan Sinba fc, 17 Ogos Pejabat Daerah lawan Kalumpang fc, 20 Ogos BSVPP lawan TT United, 25 Ogos Bassag fc lawan Keltom, dan 26 Ogos Dipau Bawang United lawan Sinba fc.

Bersambung 27 Ogos Keltom fc lawan Pejabat Daerah, 28 Ogos TT United lawan Sinba fc, 29 Ogos Kalumpang fc lawan Bassag fc, dan 30 Ogos Dipau Bawang United lawan BSVPP.

Pada 3 September peringkat separuh akhir pertama perlawanan di antara juara A dengan naib juara B.

Perlawanan separuh akhir ke-2 pada 4 September menyaksika­n perlawanan di antara juara B dengan naib juara A, pada 6 September merebut tempat ketiga dan keempat dan akhir sekali pada 7 September perlawanan peringkat akhir kejohanan.

Harunmenam­bah,kesemua perlawanan berlangsun­g di Padang Majlis Daerah Pitas bermula 4.30 petang manakala perlawanan separuh akhir dan akhir bermula 4.00 petang.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n Haji Bakri Nanun, Penolong Pegawai Daerah Pentadbira­n Firus Idzual Deen Mohd. Dzul, Ahli Jawatankua­sa Safa negeri dan daerah Pitas, Penyelaras Parti Warisan DUN Pitas Mohd. Zinin Haji Andong Ajak, Ketua Jabatan Keajaan Negeri dan Pesekutuan dan Pemimpin NGO Pitas.

 ??  ?? SAMBIL disaksikan oleh Yusof, Bakri, Zinin, Jali Suntang dan yang lain Haji Hamid (kanan) menyampaik­an sumbangann­ya berupa bola dan jaring kepada Harun.
SAMBIL disaksikan oleh Yusof, Bakri, Zinin, Jali Suntang dan yang lain Haji Hamid (kanan) menyampaik­an sumbangann­ya berupa bola dan jaring kepada Harun.
 ??  ?? HAMID mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian para pemain dan penyokong.
HAMID mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian para pemain dan penyokong.
 ??  ?? ZININ (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan tiket betuah berupa sebauh basikal.
ZININ (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan tiket betuah berupa sebauh basikal.
 ??  ?? PASUKAN Pejabat Daerah Pitas (berdiri) dan pasukan Bassag membuka tirai kejohanan yang berkesudah­an 2-2.
PASUKAN Pejabat Daerah Pitas (berdiri) dan pasukan Bassag membuka tirai kejohanan yang berkesudah­an 2-2.
 ??  ?? SAMBIL disaksikan oleh Yusof, Bakri, Zinin dan yang lain Harun (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Haji Hamid.
SAMBIL disaksikan oleh Yusof, Bakri, Zinin dan yang lain Harun (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Haji Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia