Utusan Borneo (Sabah)

SK Sg Manila tewaskan Sawit Kinabalu 8 - 6

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan bola sepak guruguru dan staf Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila (Batu 12) menewaskan pasukan Sawit Kinabalu 8 – 6 dalam satu perlawanan persahabat­an futsal, di gelanggang futsal Batu 4 Food Coart, di sini pada Selasa.

Perlawanan itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sdn Berhad (KKSKSB) yang diadakan di Sandakan.

Ia bertujuan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m khasnya dalam kalangan kakitangan dan ahli koperasi yang masih bertugas dengan pihak Sawit Kinabalu, di samping menjalin kerjasama dan perpaduan dengan masyarakat setempat di daerah Sandakan.

Selain itu, ia juga menggalakk­an para pegawai dan kakitangan Sawit Kinabalu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan untuk kesihatan dan kecergasan serta meningkatk­an amalan dan budaya bersukan dalam kalangan warga Sawit Kinabalu.

Guru Besar SK Sg Manila, Zaini Osman merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kesudian pihak Sawit Kinabalu mengadakan perlawanan futsal persahabat­an itu.

Katanya, perlawanan itu turut disertai sendiri oleh Pengurus Besar Wilayah Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Victor Actiong bersama beberapa pegawai eksekutif dan pegawai ladang, antaranya Yahya Absarun, Hassan Lappo, Muazam dan Rozaidi.

Terdahulu, para pegawai eksekutif dan pegawai ladang kakitangan Sawit Kinabalu telah mengadakan perlawanan futsal di Kompleks Sukan Sandakan sempena mesyuarat agung tahunan itu, selain mengadakan perlawanan bola sepak antara Sawit East Region dan West Region juga bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Dalam perlawanan itu, Sawit East region menewaskan pasukan West Region 6 – 2.

 ??  ?? PASUKAN SK Sg Manila (mencangkun­g) dan Zaini Osman (lima kanan) bergambar kenangan bersama pasukan futsal Sawit Kinabalu. SK Sg Manila menang 8 – 6.
PASUKAN SK Sg Manila (mencangkun­g) dan Zaini Osman (lima kanan) bergambar kenangan bersama pasukan futsal Sawit Kinabalu. SK Sg Manila menang 8 – 6.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia