Utusan Borneo (Sabah)

Celtic tumpas 1-2, tersingkir dari aksi kelayakan ke Liga Juara-Juara

-

PARIS, Perancis: Celtic, yang dibimbing bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, tersingkir dari kelayakan ke Liga Juara-Juara oleh kelab dari Greece, AEK Athens selepas tewas 1-2 pada perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan di Greece Selasa lepas.

Celtic, juara Liga Perdana Scotland, diikat 1-1 pada perlawanan pertama minggu lepas dan gagal mengubah nasib mereka kali ini selepas Rodrigo Galo membuka jaringan buat AEK seawal minit keenam.

Marko Livaja menambah jaringan pada awal separuh masa kedua, menyebabka­n Celtic berdepan tugas sukar untuk memburu kelayakan.

Scott Sinclair merapatkan kedudukan ketika berbaki 12 minit permainan tetapi AEK berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

AEK, juara Liga Greece, akan menentang kelab dari Hungary, MOL Vidi pada perlawanan terakhir kelayakan sementara

Celtic, kembali ke kejohanan

Liga Europa selepas gagal memburu kelayakan ke pusingan pertama Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut.

“Saya fikir banyak persediaan kami mampu memberikan sesuatu dari perlawanan ini tetapi kami tidak bertahan dengan baik,” kata Rodgers. “Saya masih merasakan kami mampu memburu kemenangan tetapi kami harus bertahan dengan lebih baik. Kami memberikan banyak masalah kepada AEK tetapi anda harus bertahan dengan baik juga dan ia mampu kami lakukan. Ia adalah kali pertama Rodgers tewas dua perlawanan berturut-turut sejak membimbing Celtic pada 2016, selepas tewas mengejut 0-1 kepada Hearts dalam aksi Liga Perdana Scotland Sabtu lepas.

Celtic akan berdepan sama ada Spartaks Jurmala dari Latvia atau Suduva dari Lithuania untuk satu tempat ke pusingan pertama Liga Europa.

“Saya tidak mahu memberi sebarang alasan,” tambah Rodgers. “Saya sentiasa berkata kami perlu memperkuat­kan pasukan (pada musim panas) dan saya berharap kami boleh melakukann­ya sekarang. Ia penting untuk kami layak beraksi di Eropah musim ini.”

Pada perlawanan lain, Benfica mengesahka­n kemenangan 2-1 secara agregat ke atas Fenerbahce selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama dengan Gedson Fernandes menjaringk­an gol kemenangan selepas Alper Potuk mengikat kedudukan secara agregat.

 ?? — Gambar AFP ?? PARA pemain Celtic kecewa selepas AEK menjaringk­an gol kedua pada perlawanan diStadium Olimpik Athens, Greece kelmarin.
— Gambar AFP PARA pemain Celtic kecewa selepas AEK menjaringk­an gol kedua pada perlawanan diStadium Olimpik Athens, Greece kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia