Utusan Borneo (Sabah)

Maguire bakal terima 75,00 pound seminggu

-

LONDON, England: Harry Maguire difahamkan semakin hampir untuk bersetuju dengan kontrak baharu di Leicester City dengan status baharu beliau sebagai pemain penting antarabang­sa England.

Leicester bertindak pantas untuk memastikan tempat pemain pertahanan itu dalam kesebelasa­n utama skuad bimbingan Claude Puel dengan terma baharu kontrak.

Ia difahamkan Maguire akan melihat kenaikan gaji dari 45,000 pound seminggu kepada 75,00 pound, sekali gus meletakkan­nya di antara penerima gaji tertinggi di kelab.

Maguire masih mempunyai baki empat tahun dari kontrak semasa tetapi minat dari Manchester United dan aksi memberangs­angkan bersama England di Piala Dunia 2018 menyebabka­n terma baharu kontrak diperbinca­ngkan segera. United dikatakan bersedia membelanja­kan 65 juta pound untuk mendapatka­n Maguire tetapi Leicester menegaskan pemain itu bukan untuk dijual dan sekarang mereka tidak mempunyai masalah untuk memuktamad­kan kontrak baharu beliau.

Maguire menunjukka­n kemampuan beliau ketika Leicester menentang United pada perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris minggu lepas di mana beliau mempamerka­n aksi bertenaga walaupun hanya empat hari kembali menjalani latihan selepas menerima cuti tambahan selepas penglibata­n di Piala Dunia.

Dalam perkembang­an lain, kelab Stoke City dikatakan berminat dengan Danny Simpson.

Pemain pertahanan kanan Leicester itu, salah seorang pemain penting ketika Leicester muncul juara Liga Perdana Inggeris pada 2016, hilang tempat di kelab selepas Puel menurunkan Daniel Amartey dan Ricardo Pereira ketika

MAGUIRE

menentang United.

Pemain berusia 31 tahun itu mempunyai baki kontrak setahun dan mungkin akan berpindah untuk kontrak pinjaman atau kontrak tetap dengan kelab West Bromwich Albion juga memburu pemain pertahanan kanan.

 ?? — Gambar AFP ?? NZONZI (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Ireland pada perlawanan persahabat­an di Stadium Stade de France, Saint-Denis pada 14 Ogos lepas.
— Gambar AFP NZONZI (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Ireland pada perlawanan persahabat­an di Stadium Stade de France, Saint-Denis pada 14 Ogos lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia