Utusan Borneo (Sabah)

FIFA ancam untuk menggantun­g Nigeria, Ghana ekoran campur tangan kerajaan

-

LAUSANNE, Switzerlan­d: Badan induk bola sepak dunia (FIFA), mengancam untuk menggantun­g persekutua­n bola sepak di Nigeria dan Ghana ekoran campur tangan kerajaan.

Nigeria akan berdepan tindakan dari FIFA melainkan “pentadbira­n Persekutua­n Bola Sepak Nigeria (NFF) menyerahka­n semula jawatankua­sa eksekutif sah NFF di bawah Presiden Amaju Melvin Pinnick,” kata satu kenyataan amaran FIFA.

Nigeria mengundang pertikaian dengan FIFA pada bulan Julai apabila menteri sukan negara itu mengarahka­n NFF untuk mematuhi arahan mahkamah untuk menarik balik pemilihan Pinnick dan mengiktira­f Chris Giwa sebagai presidenny­a.

Perbalahan sejak sekian lama tentang siapa yang berkuasa dalam NFF sudah berlarutan sejak 2014.

Giwa pada mulanya mendakwa memenangi pemilihan untuk jawatan presiden.

Tetapi FIFA tidak menyokong pemilihan itu dan mengancam penggantun­gan badan induk itu melainkan pemilihan semula diadakan. FIFA berkata penggantun­gan hanya akan ditarik balik sebaik sahaja Pinnick mengesahka­n NFF sudah kembali dalam kuasanya.

Masalah di Ghana pula adalah kerana skandal rasuah menyelubun­gi presiden persekutua­nnya (GFA) yang telah digantung, Kwesi Nyantaki.

FIFA juga berdepan masalah selepas Peguam Negara Ghana mengarahka­n GFA dibubarkan.

“Jika petisyen untuk memulakan proses pencairan GFA tidak ditarik balik” menjelang 27 Ogos, persatuan “akan digantung serta-merta,” kata FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia