Utusan Borneo (Sabah)

Sabah di landasan baik

Piala Malaysia

-

Oleh VITALIS G BINGKASAN KOTA KINABALU: Dua perlawanan pertama meletakkan Sabah di landasan baik sebagai antara pencabar utama saingan Kumpulan D Piala Malaysia.

Pengurus Pasukan Datuk Juil Nuatim berkata, seri 11 dengan Pahang di tempat lawan dan menang 1-0 ke atas Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di tempat sendiri adalah permulaan baik.

“Ia meletakkan Sabah di landasan baik untuk menjadi salah satu pencabar utama saingan peringkat kumpulan ini.

“Apa yang perlu adalah untuk kita teruskan rentak baik yang saya yakin pasukan mampu lakukan pada empat baki perlawanan termasuk menentang Selangor di Stadium Likas, Sabtu ini,” kata Juil ketika ditemui di sini pada Rabu.

Menurutnya, keyakinan pasukan semakin bertambah selepas dua perlawanan itu tetapi mengingatk­an agar pemain tidak terlalu yakin sehingga menjejaska­n prestasi.

“Saya harap prestasi baik pada dua perlawanan itu dijadikan motivasi dan pembakar semangat untuk pemain lebih berkerja keras kerana cabaran pasti akan lebih sukar selepas ini.

“Kita juga tidak boleh memandang rendah manamana pasukan termasuk Selangor walaupun mereka tewaskedua-duaperlawa­nan pertamanya,” kata Juil.

Katanya, kedudukan Selangor itu menjadikan mereka lebih berbahaya dan dengan pengalaman mereka selaku pasukan paling banyak merangkul gelaran juara kejohanan ini, Sabah perlu berwaspada.

“Kita kena bersedia sepenuhnya dan berada di tahap terbaik menghadapi mereka (Selangor). Sabah kena teruskan rentak baiknya dan terus berpegang kepada kepercayaa­n bahawa kemenangan hanya dapat dicapai dengan kerja keras.

“Apapun saya percaya kita akan bersedia sepenuhnya melayani kunjungan Selangor di Stadium Likas, Sabtu ini.

“Saya yakin dengan kemampuan pasukan terutama mereka tidak pernah berhenti berkerja keras dalam latihan.

“Saya juga yakin dengan kemampuan barisan jurulatih diketuai Jelius Ating membuat percaturan untuk meneruskan rentak baik pasukan,” katanya.

Sambil itu, Juil terus merayu agar pasukan diberi sokongan lebih padu peminat bola sepak negeri ini.

Sabah kini di kedudukan kedua tetapi berkongsi jumlah kutipan empat mata dengan Pahang di tangga teratas manakala PKNP di tangga ketiga dengan tiga mata dan Selangor di tempat

tercorot tanpa sebarang mata.

Ia meletakkan Sabah di landasan baik untuk menjadi salah satu pencabar utama saingan peringkat kumpulan ini. Apa yang perlu adalah untuk kita teruskan rentak baik yang saya yakin pasukan mampu lakukan pada empat baki perlawanan termasuk menentang Selangor di Stadium Likas, Sabtu ini.

DATUK JUIL NUATIM Pengurus Pasukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia