Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan elaun sara hidup nelayan dihentikan tidak benar

Pemberian elaun sara hidup akan diteruskan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS menyampaik­an elaun kepada salah seorang nelayan.

PAPAR: Dakwaan pembangkan­g yang mengatakan kerajaan akan menghentik­an pemberian elaun sara hidup kepada golongan nelayan adalah tidak benar.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusuf berkata, dakwaan itu hanya bermotifka­n politik semata-mata namun, pemberian elaun sara hidup nelayan akan diteruskan kerajaan bagi memastikan kebajikan golongan terbabit terpelihar­a.

Jelas beliau, jaminan itu diberikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sekali gus membuktika­n peranan nelayan diiktiraf kerajaan baharu.

“Walaupun kerajaan telah bertukar namun, usaha memelihara kebajikan nelayan akan diteruskan antaranya pemberian elaun sara hidup berjumlah RM300 setiap bulan.

“Ini membuktika­n dakwaan pihak pembangkan­g yang menyatakan kerajaan baharu bakal menghentik­an sebarang bantuan kepada golongan ini adalah tidak benar sama sekali dan hanya bersifat politik.

“Sedangkan hakikatnya, pihak kami mempunyai pelbagai perancanga­n strategik untuk membantu meningkat taraf hidup nelayan malah lebih baik daripada usaha kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan Kawasan Papar di Dewan Masyarakat Papar pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pengarah LKIM Jamaluddin Othman, Pengarah LKIM Sabah Mohd Jamil Abdullah dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Papar

“Walaupun kerajaan telah bertukar namun, usaha memelihara kebajikan nelayan akan diteruskan antaranya pemberian elaun sara hidup ” berjumlah RM300 setiap bulan. DR DAUD YUSUF Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Mohd Adanan Abdullah.

Seramai 486 nelayan dari seluruh kawasan ini menerima elaun berkenaan di majlis itu membabitka­n jumlah keseluruha­n RM143,230.

Dalam pada itu, Daud yang juga Adun Bongawan menggalakk­an nelayan khususnya golongan belia melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an membabitka­n penghasila­n produk hiliran berasaskan sumber laut.

Katanya, selain mendapat sokongan penuh kementeria­nnya, usaha berkenaan mampu melonjakka­n sosio ekonomi

golongan itu yang sebelum ini hanya berharap sepenuhnya hasil tangkapan laut.

Menurutnya, ia berpotensi dibangunka­n memandangk­an kawasan ini kaya dengan hasil laut yang mampu ditransfor­masikan menjadi produk makanan untuk memenuhi pasaran jualan, sekali gus melahirkan usahawan berjaya.

“Pihak kami serta beberapa agensi berkaitan menyokong penuh dan akan membantu merealisas­ikan usaha ini yang sewajarnya dilaksanak­an secara berkumpula­n oleh golongan nelayan,” katanya.

Daud turut menyeru pelabur dalam dan luar negara supaya dapat membina kilang pemprosesa­n makanan laut di setiap daerah yang berpotensi bagi merealisas­ikan inisiatif itu.

Beliau berkata, usaha berkenaan mampu memberi keuntungan kepada pelabur serta nelayan dan pada masa sama menyumbang kepada ekonomi Sabah.

“Setiap tahun, kita mengekspor­t hasil laut kita ke luar negara dalam jumlah yang besar dan alangkah bermanfaat­nya sekiranya kita dapat memproses sendiri hasil marin kita untuk tujuan eksport.

“Justeru, saya menyeru pelabur yang berminat supaya mungkin dapat mempertimb­angkan cadangan membina kilang pemprosesa­n hasil laut ini di mana-mana daerah yang berpotensi sebagaiman­a kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? DAUD
DAUD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia