Utusan Borneo (Sabah)

Antara Yusoff dan Alijus

Pertanding­an satu lawan satu untuk jawatan Presiden Safa

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengisian kerusi presiden pada Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) 2018 25 Ogos ini bakal menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara Datuk Yusoff Kasim dan Alijus Sipil.

Yusoff adalah bekas naib presiden yang telah dipikulkan tugas selaku pemangku presiden selepas peletakan jawatan mantan Presiden Tan Sri Musa Aman pada Mei lalu manakala Alijus adalah bekas Setiausaha Agung badan induk bola sepak Sabah itu.

Yusoff mengumumka­n senarai penuh calon yang bertanding bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan termasuk presiden dalam sidang media di pejabat Safa di MAKSAK Likas pada Khamis.

Turut bersama adalah Penolong Setiausaha Agung, Dr Mohd Farid Abdullah yang memangku jawatan Setiausaha Agung selepas peletakan jawatan Alijus dan Setiausaha Eksekutif Hasbullah Yahya.

Selain jawatan presiden, Safa yang mempunyai dua jawatan timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kini mempunyai kekosongan kedua-dua jawatan timbalan presiden, dua naib presiden dan dua AMT.

Yusoff dan Alijus juga dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden mengesahka­n memilih bertanding untuk jawatan presiden sesuai dengan perlembaga­an persatuan iaitu seseorang hanya boleh bertanding untuk satu jawatan sahaja.

(tengah) sedang meneliti senarai pencalonan sambil diperhatik­an Farid (kiri) dan Hasbullah di pejabat SAFA di MAKSAK Likas pada Khamis.

Pada awalnya, lima nama telah dicalonkan untuk jawatan presiden iaitu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Hamid Apdal, Yusoff, Alijus dan Tan Sri TC Goh.

Shafie yang mendapat sokongan penuh bagaimanap­un awal-awal lagi telah membayangk­an menolak pencalonan itu dan mengesahka­nnya semasa ditemui rombongan Majlis Tertinggi Safa pada Rabu lalu.

Hamid pula memilih bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala tiada respon positif daripada TC Goh, meninggalk­an pertembung­an satu lawan satu antara Yusoff dan Alijus bagi jawatan utama itu.

Yusoff dan Alijus juga dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden mengesahka­n memilih bertanding untuk jawatan presiden sesuai dengan perlembaga­an persatuan iaitu seseorang hanya boleh bertanding untuk satu jawatan sahaja.

Dengan Yussof dan Alijus memilih bertanding jawatan presiden, jawatan kosong dua timbalan presiden kini menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Hamid, Datuk James Wong, Datuk Abdul Rahman Zakaria dan Fredoline Penggo.

Dua jawatan timbalan presiden itu juga menjadi kosong ekoran peletakan jawatan Datuk Lawrence Gimbang dan kematian Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Yusoff juga mengumumka­n lapan orang dicalonkan untuk kekosongan dua jawatan naib presiden iaitu pengurus pasukan Sabah Datuk Juil Nuatim yang sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi, Azmeer Shamsuddin, Sallahuddi­n @ Salehudin Anoi, Hj Husin Rahim, Matlan Marjan, Mohd Ismail Hj Ayub, Reggie Sua @ Hafeez and Yahya Kasim.

Sementara sembilan orang dicalonkan untuk dua kekosongan jawatan AMT iaitu Rezuan Ismail, Rafie Robert, Mohd Noh Mohd Adzlie, Pebe Antahar, Harun Durabi, Fadli Juanas, Datuk Hj Razak Sulaiman, Jackson Taguah dan Hj Noorzain Tawi.

Dua daripada empat jawatan naib presiden pula menjadi kosong ekoran peletakan jawatan Datuk Harun Ismail dan dengan Yusoff memilih bertanding jawatan presiden manakala keputusan Juil dan Rahman bertanding jawatan naib presiden meninggall­kan dua kekosongan AMT.

 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia