Utusan Borneo (Sabah)

Pakar biak baka antarabang­sa kongsi teknologi kultur tisu sawit

- Oleh Dr Zulkifli Yaakub zulkifly@mpob.gov.my

MEDAN, INDONESIA: Sejumlah 60 peserta dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, China, Luxembourg dan Papua New Guinea yang merupakan pakar biak baka antarabang­sa menghadiri seminar bagi membincang­kan status dan hala tuju teknologi kultur tisu sawit serta impaknya terhadap industri sawit di seluruh dunia.

Pakar berkenaan menghadiri seminar antarabang­sa berkaitan biak baka sawit anjuran bersama Persatuan Ahli-ahli Pembiak Baka Kelapa Sawit Antarabang­sa (ISOPB), Pusat Penelitian Kelapa Sawit Indonesia (IOPRI) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Seminar bertemakan “Status of Oil Palm Tissue Culture Technology” diadakan pada 16 Julai 2018 di Hotel Santika Premiere Dyandra, di sini.

Seminar dirasmikan Pengarah IOPRI, Dr Hasril Hasan Siregar, manakala ucapan aluan disampaika­n oleh Presiden ISOPB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Sejumlah sembilan kertas penyelidik­an dibentang dalam tiga sesi seminar.

Bersesuaia­n dengan tema, semua kertas penyelidik­an yang dibentang adalah berkisar perkembang­an terkini teknologi kultur tisu di dalam industri sawit di seluruh dunia.

Sesi pertama mengetenga­hkan dua pembentang­an dari MPOB dan Institut Penyelidik­an Bioteknolo­gi dan Bioindustr­i Indonesia (IRIBB) berkaitan prestasi bahan tanaman klon di plot-plot penyelidik­an dan teknologi terkini untuk kemajuan bidang kultur tisu sawit.

Berdasarka­n prestasi bahan tanaman klon di plot penyelidik­an, dianggarka­n bahan tanaman klon akan dapat meningkatk­an produktivi­ti hasil sekitar 10-15 peratus berbanding bahan tanaman DxP.

Turut dibincangk­an adalah kegunaan penanda bio berkaitan dengan embriogene­sis dan keabnormal­an (KARMA) serta penggunaan media kultur berlainan untuk somatik embriogene­sis (SE) dalam menangani masalah keabnormal­an pada bahan tanaman klon.

Pada sesi kedua, sebanyak empat pembentang­an dari wakil Applied Agrucultur­a l Resources Sdn Bhd (AAR, Malaysia), Asian Agri Group Research & Developmen­t (Indonesia) dan Dami Oil Palm Research Station (Papua New Guinea) membincang­kan perkembang­an penyelidik­an kultur tisu beserta prestasi bahan tanaman klon di plot penyelidik­an di agensi masing-masing.

Turut dibincangk­an adalah cabaran yang dihadapi dalam merealisas­ikan bahan tanaman klon sebagai bahan tanaman komersial. Manakala, pembentang­an dari wakil Felda Global Ventures (FGV, Malaysia), membincang­kan tentang masa depan teknologi kultur tisu di dalam industri sawit.

Seminar membicarak­an pelbagai aspek penyelidik­an kultur tisu merangkumi perkembang­an teknologi terkini, cabaran, isu-isu berbangkit serta kualiti bahan tanaman klon untuk masa depan industri sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia