Utusan Borneo (Sabah)

21 daripada 60 janji manifesto direalisas­ikan

-

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan tadbir urus yang baik dan membebaska­n Malaysia daripada isu rasuah dapat dilihat apabila sebanyak 21 daripada 60 janji yang terkandung dalam manifesto parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), telahpun direalisas­ikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkongsi dengan rakyat apa yang telah diusahakan PH sejak mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional 9 Mei lalu berkata kerajaan mahu negara ini dikenali kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah.

“Usaha ini memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik dan menyeluruh. Komitmen kerajaan mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah,” katanya menerusi Perutusan Perdana Menteri sempena 100 hari pentadbira­n kerajaan PH yang disiarkan secara langsung penyiar tempatan.

Untuk tujuan itu, katanya beberapa perkara telah dilaksanak­an setakat ini, termasukla­h:

a) Mewujudkan Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR)

b) Menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) bagi membolehka­n usaha menyelamat­kan Malaysia daripada rasuah dapat dilaksanak­an dengan segera dan berkesan serta menyeluruh. GIACC diberi mandat untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua Ketua Setiausaha Kementeria­n bagi mengenal pasti risiko ancaman rasuah berdasarka­n isu-isu yang telah dikenal pasti oleh organisasi masing-masing. Ketua Setiausaha Kementeria­n atau ketua jabatan dikehendak­i secara peribadi memikul tanggungja­wab dan berbincang dengan GIACC bagi melakar pelan tindakan untuk mengatasi masalah atau isu yang dikenal pasti.

c) Menggubal Pelan Anti Rasuah Nasional bagi membolehka­n isu-isu governans, integriti dan antirasuah ditangani secara menyeluruh.

d) Satu undang-undang yang membolehka­n tindakan punitif diambil terhadap pegawai-pegawai yang sengaja menyebabka­n ketirisan, pemborosan atau pembaziran kepada dana kerajaan akan digubal bagi tujuan ini.

e) Bagi membantera­s politik wang, Rang Undang-undang Pembiayaan Politik sedang digubal. Sebuah pasukan khas yang diketuai oleh GIACC telah dibentuk untuk mengemukak­an draf akta pembiayaan politik kepada Kabinet.

f) Satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbira­n awam (melibatkan menteri sehingga setiausaha­setiausaha politik) sedang digubal. Pada masa sekarang, dasar ini hanya memfokuska­n kepada penjawat awam.

g) Kerajaan telah memutuskan agar anggota pentadbira­n (menteri dan timbalan menteri) tidak lagi mengeluark­an surat sokongan ke atas mana-mana projek atau urusan permohonan. Ketua jabatan juga diminta tidak lagi menganggap surat sokongan sebagai arahan atau keputusan anggota pentadbira­n.

h) Berhubung perisytiha­ran harta, garis panduan sedang dipinda di mana tafsiran anggotapen­tadbirandi­perluas supaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga perlu isytihar harta. Dalam hal ini, pindaan akan dibuat ke atas Kod Etika Anggota Pentadbira­n dan Anggota Parlimen Kerajaan. Mulai sekarang perisytiha­ran harta akan dibuat kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya ada keterbukaa­n dan ketelusan dalam amalan ini.

i) Kerajaan telah memutuskan untuk melakukan penambahba­ikan mekanisme penerimaan hadiah, keraian dan upahan oleh anggota pentadbira­n. Tafsiran anggota pentadbira­n diperluas sehingga termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Merekajuga­perlumelap­orkan penerimaan hadiah, keraian dan upahan.

Menurut Perdana Menteri, badan-badanpence­gahrasuah dan integriti negara telah diperkukuh­kan dan semua anggota kerajaan dan wakil rakyat perlu mengisytih­arkan harta.

Selain itu, Dr Mahathir berkata kerajaan juga telah memenuhi janji tidak akan menyekatke­bebasanber­suara dan media.

“Namun kebebasan ini tidak termasuk usaha dan laporan untuk menghasut kaum-kaum supaya bermusuh sehingga tercetus huru-hara dan rusuhan. Apa yang dimaksud dengan hasutan akan dijelaskan,” katanya.

Dr Mahathir berkata usaha yang telah diambil sejak 100 hari lalu bukan dilakukan secara ‘in isolation’ ataupun secara berasingan.

“Ia mengambil kira usaha untuk memastikan institusi-institusi negara tidak ketinggala­n di dalam pengukuhan mereka ketika kita mengejar janji-janji dalam manifesto kita.

“Kerajaan percaya di masa akan datang, tidak kira parti mana yang memerintah, siapa yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri, pengukuhan institusii­nstitusi akan memastikan rasuah, salahguna kuasa dan pencurian wang dan harta awam tidak akan berlaku dan jika ia berlaku mereka tidak akan terlepas tindakan undang-undang,” tegasnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia