Utusan Borneo (Sabah)

Lima nelayan asing dipenjara empat bulan, satu sebat masuki negara tanpa pas sah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lima nelayan warga asing dikenakan hukuman penjara empat bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kuyong Elmen, 35, Dalis Elmen, 30, Dami Elmen, 25, Beni Sukardi, 33, dan Marsel Saleng, 21, setelah mengaku salah mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit salah, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya, serta boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Mengikut pertuduhan kes, mereka berada di atas bot bernombor pendaftara­n PR2261/2/F di posisi garis lintang 06°07.102’ Timur lebih kurang 0.23 batu nautika Tg Munongtoro­ng, Sepanggar, di sini pada 12 Ogos, jam 3 pagi tanpa sebarang pas atau permit sah.

Mahkamah turut memerintah­kan kesemua tertuduh dirujuk kepada pihak imigresen setelah selesai menjalani hukuman.

Sementara itu, kesemua warga asing terbabit juga dituduh memasukkan dadah ke dalam tubuh mereka sendiri tanpa kuasa yang sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa peruntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim dari Jabatan Maritim tidak mencadangk­an jaminan ditawarkan kerana kesemua tertuduh tidak mempunyai dokumen diri.

Bagaimanap­un, mahkamah kemudian menetapkan 24 September untuk sebutan semula kes bagi laporan ujian air kencing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia