Utusan Borneo (Sabah)

Kisah cinta pertama idea lagu ‘Hanya Ada Cinta’

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

SETIAP lagu ada sejarah tersendiri, begitu juga dengan lagu ‘Hanya Ada Cinta’ yang dinyanyika­n seorang anak kelahiran Sandakan Nur Natasha Amanda Mansor yang kini mula bersinar dalam bidang hiburan dan salah seorang artis yang dilahirkan Syarikat Sony Entertainm­ent Malaysia.

Single pertama gadis manis yang lebih mesra dipanggil Amanda ‘Hanya Ada Cinta’ dihasilkan melalui cetusan idea kreatif penggubah lirik Haslan Hussien dan komposer terkenal Helen Yap mempunyai sejarah tersendiri yang dikaitkan dengan kisah penyanyi itu sendiri.

Amanda yang berumur 28 tahun berkata idea itu muncul semasa temubual bersama Helen yang ingin mendalami mengenai dirinya semasa permulaan proses pembikinan lagu.

“Beliau (Helen) bertanya sama ada saya mempunyai kisah silam yang membuatkan saya sedih dan saya ceritakan kepada beliau tentang kisah berkenaan dan dari itulah lagu Hanya Ada Cinta terhasil,” katanya.

Berkongsi tentang kisah itu, wanita yang mempunyai darah kacukan Melayu/Cina dan Kadazan itu berkata sejarah itu berlaku apabila dia menuntut di Universiti Hertfordsh­ire United Kingdom dan bertemu dengan jejaka pilihan hatinya.

“Tiada jodoh antara kami dan hubungan itu terpaksa ditamatkan dan ia memberi kesan yang sangat besar kepada saya kerana percintaan itu boleh dikatakan sebagai cinta pertama saya.

“Meskipun kisah itu sudah lama berlalu namun, tidak dinafikan sejarah antara kami itulah yang menghidupk­an penghayata­n semasa menyanyika­n lagu Hanya Ada Cinta sepanjang tempoh rakaman,” katanya.

Lagu itu turut menggambar­kan sedikitseb­anyak mengenai pengalaman jatuh cinta dengan seorang jejaka.

Namun, jodoh yang tidak kesampaian menyebabka­n percintaan itu akhirnya menemui kegagalan.

“Apa boleh saya katakan adalah, untuk sesuatu hubungan itu berjaya, setiap pasangan perlu menanamkan sikap saling mempercaya­i,” katanya.

Pun begitu, Amanda tidak serik dengan peristiwa hitam dalam hidupnya itu malah menjadikan pengalaman itu sebagai pemangkin untuk dia terus berjaya dalam apa diusahakan di masa depan.

“Saya tidak mahu menoleh ke belakang dan sebolehnya mahu menolak cinta ke tepi. Buat masa ini, saya ingin fokus pada kerjaya sebagai penyanyi terlebih dahulu,” katanya.

Apa yang menarik bagi penyanyi bakat baharu ini adalah latarbelak­ang pendidikan­nya yang sangat berbeza daripada bidang hiburan.

Amanda yang memiliki raut wajah ayu itu bukan sahaja berjaya menggengga­m segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang malah turut bekerja sebagai seorang penasihat undangunda­ng kepada pekerja melalui syarikat guaman keluargany­a selepas menamatkan pengajian pada 2014.

“Keluarga saya amat mementingk­an pendidikan dan selepas memperoleh kejayaan itu, saya kini beralih dan menumpukan kepada minat saya sejak kecil iaitu menyanyi.

“Syukurlah ibu bapa saya menyokong penuh impian saya dan turut memberikan nasihat serta dorongan untuk saya terus berkecimpu­ng dalam bidang ini,” katanya.

Bercerita mengenai minatnya itu, Amanda berkata dia minat menyanyi sejak berumur lapan tahun, lebih-lebih lagi apabila ibunya Clarice Boinsin juga seorang penyanyi veteran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada awal 80-an dan 90-an.

“Saya selalu memainkan cakera lagu ibu saya sehingga menghafal setiap kandungan cakera itu dan sejak itulah saya menanam tekad untuk jadi sama seperti ibu saya yang menghiburk­an orang lain dan beliau juga adalah idola saya sendiri.

“Darah anak seni memang sudah mengalir dalam diri dan saya minat menyanyi dalam apa sahaja genre. Suatu hari nanti, saya berazam untuk menyanyika­n lagu tempatan sendiri serta lagu dalam bahasa Cina berikutan alunan lagunya yang begitu memukau,” katanya.

Tidak dinafikan peralihan dalam bidang berbeza memberikan satu impak besar kepada Amanda. Bagaimanap­un, keadaan itu bukanlah penghalang untuknya meneruskan dan merealisas­i cita-citanya.

Katanya pengendali­an masa secara sistematik juga menjadi kunci utama dalam menguruska­n kerjayanya sebagai seorang peguam dan penyanyi dalam masa yang sama.

 ??  ??
 ??  ?? NATASHA AMANDA
NATASHA AMANDA
 ??  ?? AMANDA bersama ibu yang juga idolanya.
AMANDA bersama ibu yang juga idolanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia