Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n ambil serius dakwaan bangunan sekolah tiada OC

Kementeria­n ambil serius dakwaan bangunan sekolah tiada OC

- Oleh AMIR ANUAR

“Kita sudah berbincang mengenai isuisu yang perlu ditangani termasuk sekolahsek­olah yang dikatakan tidak ada OC ataupun mempunyai OC sementara tetapi belum lengkap. Saya mahu isu OC ini diselesaik­an. DATUK DR YUSUF YACOB Menteri Pelajaran dan Inovasi

TAWAU: Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusuf Yacob mengambil serius dakwaan wujud isu premis bangunan konkrit sekolah rendah dan menengah di negeri ini yang tidak mempunyai sijil menduduki (OC).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sin d u minit u berkata isu terbabit juga sudah dibincangk­an bersama Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul di ibu negeri.

“Kita sudah berbincang mengenai isu-isu yang perlu ditangani termasuk sekolahsek­olah yang dikatakan tidak ada OC ataupun mempunyai OC sementara tetapi belum lengkap.

“Saya mahu isu OC ini diselesaik­an!” tegasnya ketika sidang media sempena lawatannya ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, di sini pada Jumaat.

Yusuf berkata jika ada kes bangunan tumbang atau mengalami kerosakan seperti atapnya ‘terkeluar’, mungkin hal isu bangunan tanpa OC ‘bukan satu masalah’.

Tetapi jika tidak ditangani dengan baik, beliau khuatir akan menyebabka­n ada nyawa yang terkorban kerana kewujudan bangunan tanpa OC yang tidak diselia dengan baik.

“Kita tahu masalah ini dan cuba selesaikan,” katanya sambil mendedahka­n wujud isu lain yang turut mendapat perhatian kementeria­nnya hasil lawatannya ke beberapa PPD.

Menurutnya, rancangan untuk menambah baik dan menggantik­an sekolah-sekolah daif sudah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta pada tahun ini untuk Sabah.

Dana RM500 juta juga diperuntuk­kan pada tahun hadapan yang menyasarka­n sebanyak 120 sekolah dan beliau optimis isu sekolah daif boleh selesai dalam tempoh lima tahun.

Pihaknya turut mengambil perhatian mengenai sekolah yang berhadapan isu tapak bangunan, misalnya masih wujud kes sekolah menumpang.

Malah, kementeria­nnya juga mendapati wujud sekolah yang berada di kawasan hutan simpan serta sekolah-sekolah yang dibina di kawasan tanah milik orang persendiri­an.

“Saya sudah arahkan Jabatan Pendidikan Negeri mengatasi masalah ini secara berperingk­at-peringkat untuk mengelak masalah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau percaya masalahmas­alah yang sudah dikenalpas­ti dan masih berlaku melibatkan sekolah-sekolah di negeri ini memerlukan pendekatan penyelesai­an secara agresif.

Dalam lawatannya, Yusuf turut meluangkan masa melawat Kolej Tingkatan Enam Tawau dan SMK Tawau II yang terjejas berikutan fenomena ribut baru-baru ini.

 ??  ?? YUSUF meminta isu OC bangunan sekolah diselesaik­an segera, semasa menjawab soalan pemberita berhubung perkara itu pada sidang media di PPD Tawau.
YUSUF meminta isu OC bangunan sekolah diselesaik­an segera, semasa menjawab soalan pemberita berhubung perkara itu pada sidang media di PPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia