Utusan Borneo (Sabah)

Cukai soda idea menarik, beri mesej

Beri mesej pengambila­n minuman bergas berlebihan tidak baik

-

“Seperti kita tahu ‘revenue’ kerajaan berbanding (semasa pelaksanaa­n) GST, kutipan melalui SST (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an) akan berkuranga­n, justeru kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea untuk menampung penguranga­n ini. Saya fikir idea seperti itu (cukai soda)

” sangat baik untuk diteliti.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, Menteri Perdaganga­n

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

KUALA LUMPUR: Cadangan memperkena­lkan cukai soda atau cukai minuman berkarbona­t merupakan cadangan menarik dan berbaloi untuk dipertimba­ngkan kerajaan, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata selain menampung pendapatan kerajaan ekoran pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), ia dapat memberi mesej kepada rakyat bahawa pengambila­n minuman bergas yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

“Seperti kita tahu ‘revenue’ kerajaan berbanding (semasa pelaksanaa­n) GST, kutipan melalui SST (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an) akan berkuranga­n, justeru kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea untuk menampung penguranga­n ini.

“Saya fikir idea seperti itu (cukai soda) sangat baik untuk diteliti,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta program larian SSM BizRun 2018 di sini pagi Sabtu.

Bagaimanap­un, Saifuddin berkata pelaksanaa­n tersebut masih di peringkat cadangan dan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenainy­a.

Sebelum ini, Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua dilaporkan berkata kerajaan sedang mempertimb­angkan pelaksanaa­n cukai baharu, termasuk cukai soda.

Sementara itu, SSM BizRun 2018 anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia mendapat pengiktira­fan Buku Rekod Malaysia sebagai acara larian yang mendapat penyertaan syarikat berdaftar paling banyak di negara ini.

Program yang julung kali diadakan itu disertai 740 syarikat berdaftar melibatkan lebih 5,000 peserta.

Sebahagian kutipan yuran larian itu juga akan disumbangk­an kepada badan-badan kebajikan.Bernama

 ??  ?? SAIFUDDIN melepaskan 5,000 peserta program Larian BizRun 2018 anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di Padang Merbok pada Sabtu. Turut sama Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (tiga,kiri), Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Jamil Salleh (tiga,kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner (dua,kiri).
SAIFUDDIN melepaskan 5,000 peserta program Larian BizRun 2018 anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di Padang Merbok pada Sabtu. Turut sama Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (tiga,kiri), Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Jamil Salleh (tiga,kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner (dua,kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia