Utusan Borneo (Sabah)

KIBAR JALUR GEMILANG

Bagi memperinga­ti Hari Kebangsaan negara

-

KOTA KINABALU: Masyarakat di seluruh kawasan bandaraya ini diseru menunjukka­n semangat patriotism­e dengan mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah mahupun di premisprem­is perniagaan mereka sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

Anggota Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin semangat itu wajar ditunjukka­n bagi memperinga­ti hari kebangsaan negara.

“Pengibaran Jalur Gemilang itu juga penting bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama selari dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka.

Sementara itu, Norzawiyah berkata program anjuran Jabatan Penerangan Sabah dan DBKK itu akan bermula di perkaranga­n Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu dan akan melalui lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum berakhir di Pekan Telipok kira-kira pukul 2 petang ini.

“Kita akan berhenti di setiap kawasan DUN iaitu Api-Api, Luyang, Likas, Inanam dan Karambunai untuk mengagihka­n sekurang-kurangnya 100 Jalur Gemilang di setiap kawasan.

“Konvoi disertai oleh 15 kenderaan dan seramai 30 peserta diketuai oleh Pegawai Penerangan Kota Kinabalu, Peter Tong,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia