Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar

- Oleh YAP SIONG HAN

TAWAU: Semangat cintakan negara wajib dipupuk dalam kalangan pelajar dengan memberikan pendedahan menerusi pendekatan seperti berpidato dan perbahasan.

Penasihat Alumni Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Hwa Koh Kian Leong berkata, selain itu pelajar juga perlu dididik untuk mengibarka­n Jalur Gemilang bagi memupuk semangat cintakan negara.

“Hanya dengan cara sedemikian pelajar-pelajar kita mampu menghayati semangat cintakan negara.

“Aktiviti sekolah seperti perbahasan, berpidato dan sebagainya sudah pasti mampu menarik minat lebih ramai pelajar untuk ke arah yang lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kem Perbahasan Gabungan Persatuan Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau, di sini pada Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata peningkata­n jumlah peserta kem itu tahun ini menunjukka­n kejayaan program yang diadakan.

Koh berkata, menerusi perbahasan sesuatu topik akan dibahaskan dengan lebih jelas, dengan memasukkan bukti-bukti kebenaran.

“Saya juga berharap kem ini dapat meramaikan lagi pesertanya pada tahun hadapan. Tahun ini, kita dapat melihat seramai 120 peserta berbanding 2017 hanya 68 orang sahaja.

“Kem seperti ini juga mampu memupuk kebijaksan­aan setiap pelajar selain mampu menyesuaik­an diri dengan perubahan keadaan bagi berhadapan cabaran bakal dihadapi,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pembantu Pengarah OMK Cipta Alani Othman dan Pengerusi Gabungan Persatuan Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau Yong Kin Su.

 ??  ?? KOH (tengah) bersama tetamu kehormat lain mengibarka­n Jalur Gemilang bersama para peserta kem.
KOH (tengah) bersama tetamu kehormat lain mengibarka­n Jalur Gemilang bersama para peserta kem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia