Utusan Borneo (Sabah)

Kad pengenalan biru kepada pemastauti­n tetap untuk semua kaum

-

KAMPAR: Pemberian taraf kewarganeg­araan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah serta berstatus pemastauti­n tetap yang berusia 60 tahun ke atas adalah untuk semua kaum dan bangsa.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pemberian tersebut bukan hanya untuk individu berketurun­an India sahaja.

Katanya sangkaan bahawa pemberian tersebut hanya untuk individu berketurun­an India mungkin timbul kerana ramai yang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu itu adalah Anggotaang­gota Parlimen berbangsa India.

“Semalam Kabinet telah menyatakan secara khusus ia untuk semua. Mungkin majoriti kes melibatkan satu kaum namun banyak juga orang Melayu, Cina, Kadazan and Iban memegang kad pengenalan merah,” katanya.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat bercakap kepada pemberita selepas melancarka­n kaunter khidmat rakyat Kementeria­n Sumber Manusia di Pasar Awam di sini pada Sabtu.

Selasa lepas, Dr Mahathir mengumumka­n pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastauti­n tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf warganegar­a, sekaligus diberi kad pengenalan biru termasuk 3,407 individu berketurun­an India.

Sementara bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegar­a akan diberi tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegar­a Malaysia.

 ??  ?? DUA rumah dua tingkat di sebuah taman perumahan di Pengalat Besar Papar yang musnah dalam kebakaran itu.
DUA rumah dua tingkat di sebuah taman perumahan di Pengalat Besar Papar yang musnah dalam kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia