Utusan Borneo (Sabah)

Laluan pejalan kaki SMK Muhibbah roboh akan dibaiki segera

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Cuaca hujan lebat dan angin kencang yang melanda Sandakan pada malam Jumaat telah menyebabka­n laluan pejalan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah di sini roboh.

Selain itu, beberapa laluan jalan raya dan kawasan perumahan di daerah ini turut terjejas akibat pokok tumbang.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong bersama Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Elopura Jason Pang telah turun padang meninjau beberapa kawasan yang terjejas.

Dalamtinja­uandiSMKMu­hibbah, Calvin mendapati kebanyakan tiang kayu pejalan kaki telah dimakan anai-anai menyebabka­n ia rapuh dan roboh apabila hujan lebat dan angin kencang.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan dilaporkan berikutan tiada sesi persekolah­an berlangsun­g pada Sabtu.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau bersama pihak sekolah akan mengambil tindakan segera untuk membaiki laluan berkenaan.

Selepas itu, beliau telah melawat sebuah keluarga di Jalan Cecily yang turut terjejas apabila sebatang pokok besar tumbang di kawasan depan rumahnya.

Namun, tindakan pantas daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan telah berjaya menebang dan membersihk­an sisa pokok yang tumbang.

Sehubungan itu, Calvin turut menasihatk­an orang ramai agar lebih berhati-berhati dalam tempoh cuaca yang tidak menentu ini.

 ??  ?? CALVIN (kanan) melakukan tinjauan di SMK Muhibbah selepas laluan pejalan kaki pelajar dilaporkan roboh.
CALVIN (kanan) melakukan tinjauan di SMK Muhibbah selepas laluan pejalan kaki pelajar dilaporkan roboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia