Utusan Borneo (Sabah)

Suspek cederakan isteri ditemukan mati tergantung atas pokok

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Suspek yang dicari polis akibat mencederak­an isteri ditemukan mati gantung diri di atas pokok di tepi Sungai Ulu Penangah, Tongod, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki tergantung di atas pokok di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

“Pihak polis telah menurunkan mayat lelaki berkenaan lalu dibawa ke jeti Sungai Penangah,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa berumur 42 tahun itu turut dia adalah suspek yang dicari polis berhubung kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangg­a yang berlaku pada 13 Ogos 2018.

“Mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Daerah Kinabatang­an untuk bedah siasat,” katanya.

Sahak berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian jam 1 petang Isnin lepas, isteri suspek mengalami kecederaan akibat dibaling dengan tombak sawit selepas menegur suaminya agar jangan minum minunam keras di Kg Penangah, Tongod.

Mangsa berumur 36 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian betis kaki kanan dan mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan Pinangah. Dia kemudianny­a dirujuk ke Hospital Daerah Telupid untuk rawatan lanjut.

Isteri suspek kemudianny­a ke Balai Polis Tongod untuk membuat laporan pada 9.42 pagi Rabu berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia