Utusan Borneo (Sabah)

Warga Bagai Budi jayakan hiking ke puncak Bukit Mawar

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Warga Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bagai Budi telah mengadakan secara berasingan program ‘Bagai Budi Sihat Hiking’ ke puncak Bukit Mawar dan Bukit Sim-sim, dekat sini, baru-baru ini.

Penyelaras program ‘Bagai Budi Sihat’ Ansaruddin Baco berkata semua warga atau staf PLKN Bagai Budi Sandakan seramai hampir 30 orang menyertai program itu yang bertujuan mengekalka­n kecergasan fizikal warga kem dan memperkasa­kan jati diri serta menghargai alam semulajadi.

Katanya, program itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m, kerjasama dan keakraban dalam kalangan warga atau staf yang bertugas di kem PLKN Bagai Budi Sandakan.

Puncak Bukit Mawar dan Bukit Sim-sim merupakan antara lokasi popular di daerah ini yang sering dikunjungi rombongan atau kumpulan penggiat aktiviti ‘hiking’ kerana selain laluan yang sedikitmen­cabarfizik­aldanmenta­l, lokasi di puncak kedua-dua bukit itu memberikan suasana damai serta pemandanga­n sekeliling yang amat indah dan menarik.

Turut menyertai program hiking di kedua-dua bukit itu ialah Komandan Kem PLKN Bagai Budi Lt Kdr Ezat Mohd Azan Abdul Rahman (TLDM) dan Timbalan Komandan Latihan Abd Hamid Amat serta Ketua Unit Latihan PLKN Kem Bagai Budi Sandakan Nazri Mat Isa.

Ansaruddin yang juga pengerusi Persatuan Outdoor Sandakan berkata pihaknya akan mengadakan ‘Ekspedisi Kayak Merdeka 2018’ ke Pulau Berhala di sini pada 28 dan 29 Ogos ini.

Katanya, selain warga kem PLKN Bagai Budi, program itu akan turut disertai bersama oleh sekumpulan bekas pelatih PLKN Bagai Budi Sandakan.

Beliau berkata, selain berkayak, rombongan ekspedisi itu juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, hiking ke puncak Bukit Pulau Berhala, riadah memancing dan sebagainya.

Menurutnya, objektif program ekspedisi itu ialah menyemai semangat kemerdekaa­n melalui program berkayak, di samping meningkatk­an ketahanan fizikal, mental dan emosi serta mengukuhka­n ikatan ukhwah dalam kalangan peserta.

Dalam masa yang sama, ia diharap dapat menyermara­kkan sambutan Hari Kemerdekaa­n 2018 yang ke-61 tahun dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Program berkayak itu akan bermula di Kampung Sim-sim (Jeti Seafood 88) ke Pulau Berhala, iaitu salah satu lagi lokasi popular di Sandakan khasnya untuk program riadah dan rekreasi berasaskan keindahan pantai dan panorama alam semulajadi yang memukau pandangan.

Selain itu, Pulau Berhala juga merupakan salah satu lokasi yang mempunyai nilai dan kesan peninggala­n sejarah silam, khasnya semasa zaman Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1945.

 ??  ?? ROMBONGAN warga Kem PLKN Bagai Budi Sandakan ketika berada di puncak Bukit Mawar berlatarka­n pemandanga­n menarik dan panorama indah.
ROMBONGAN warga Kem PLKN Bagai Budi Sandakan ketika berada di puncak Bukit Mawar berlatarka­n pemandanga­n menarik dan panorama indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia